AKHTAR: Akidah adalah keyakinan yang cukup pasti lagi telus terhadap sesuatu kepercayaan atau agama, tanpa sebarang rasa syak dan ragu. Ianya hendaklah disimpulkan secara mantap dalam hati sanubari kita.
MULIA: Ada ilmuan Islam memberi pengertian bahawa akidah bukan sekadar merujuk kepada kepercayaan semata-semata. Malahan ia merujuk kepada beberapa ciri penting yang terkandung dalam pengertian akidah seperti penerimaan hati, pengikraran dengan lidah dan kesanggupan kita melaksanakan segala perintah Allah swt.
IMAN NAJAH: Ayat al-Quran surah Al-Hujurat (49) ayat 15 bermaksud "Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa raga pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar".
TEGUH: Akidah adalah selaras dengan fitrah manusia. Manusia dijadikan oleh Allah swt maka tidak sukar untuk mempercayai Tuhan yang telah menjadikannya. Tuhan yang sama, itulah satu-satunya Tuhan kita.
FAEZ: Akidah Islam adalah bersih dan sebati dengan fitrah kejadian manusia, ianya menjadi kotor di sebabkan manusia itu sendiri.
AKHTAR: Akidah Islam juga adalah bersifat tetap dan tidak berubah di semua zaman.
FAEZ: Akidah Islam adalah bersih dan sebati dengan fitrah kejadian manusia, ianya menjadi kotor di sebabkan manusia itu sendiri.
AKHTAR: Akidah Islam juga adalah bersifat tetap dan tidak berubah di semua zaman.
No comments:
Post a Comment