IMAN NANJAH: Kita bicara dari sebuah buku terbitan JAKIM iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
TEGUH: Jika kita solat fardu dan ternyata setelah solat kita dapati belum berwuduk lagi, maka hendaklah kita ulangi solat berkenaan.
AKHTAR: Tetapi jika kita lupa pakaian kita bernajis dan terus solat, kita tidak perlu mengulangi solat berkenaan.
FAEZ: Seseorang menjadi makmum mengikuti imam dalam solat witir, tetapi sedang solat witir itu teringat belum solat Isyak. Maka dia berubah niat semasa sedang solat daripada solat witir ke terus bersolat Isyak. Maka kedua-dua solatnya tidak sah.
MULIA: Solat tarawih pula lain hukumnya, but dare not discuss because tidak dapat memahaminya dengan betul perjelasan berkenaan.
TEGUH: Menangis dalam solat kerana takut akan hukuman Allah, maka tidaklah membatalkan solat.
AKHTAR: Tetapi jika menangis (tidak disebut dengan jelas cara mana) lantaran mengingat suatu musibah dunia, maka solatnya terbatal.
No comments:
Post a Comment