Friday, June 8, 2012

WUDUK......AMBIL AIR SEMBAHYANG

IMAN NAJAH: Adalah wajib kita berwuduk semasa (1) solat fardu dan solat sunat (2) thawaf di Baitullah...Kaabah (3) memegang/ menyentuh/ membawa Al-Quran.

TEGUH: Tetapi jika kandungan Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran...maka tanpa wuduk dibolehkan.

AKHTAR: Pendapat perlu ada wuduk dalam menyembahyangkan mayat ada pelbagai pendapat....ada kata wajib. Dan ada kata tidak perlu ada wuduk sebab sembahyang mayat "bukan" solat yang ada 13 rukun itu i.e. rukuk, sujud dll.


MULIA: Rukun wuduk ada 6 iaitu (1) niat (2) basuh muka (3) basuh tangan (4) mengusap sebahagian kepala (5) basuh kaki dan (6) tertib.

FAEZ: Mari kita bicara setiap satu. Pertama NIAT..."sahaja aku mengangkat wuduk kerana Allah".

IMAN NAJAH: Kedua ialah BASUH MUKA...iaitu meratakan air ke seluruh muka. Boundary muka ialah daripada cuping telinga kanan ke cuping telinga kira, dan dari pangkal anak-anak rambut di depan atas kepala hingga ke dagu.....hope no confusing ya!

MULIA: Ketiga BASUH TANGAN..meratakan air dari hujung jari hingga ke siku.

TEGUH: Keempat MENGUSAP KEPALA.....basahkan dengan air pada  anak-anak rambut di depan atas kepala.

AKHTAR: Kelima ialah BASUH KAKI.....dari hujung kaki hingga ke buku lali.

IMAN NAJAH: Keenam TERTIB....berturutan iaitu muka, tangan, kepala dan kaki....

No comments:

Post a Comment