Monday, July 9, 2012

BERIMAN DENGAN QADAK DAN QADAR

IMAN NAJAH: Surah al-Hadid 57 ayat 22 yang bermaksud ...."Tiada suatu becana pun di bumi (dan) dirimu, melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami memperlakukannya........"..

FAEZ: Apa maksud QADAR? mengikut kitab yang sedang dibaca ini ialah .........Allah mengadakan sesuatu berdasarkan penentuan terlebih dahulu......Allah mengetahui tentang zat sesuatu, ketetapan takdirnya, masa lahir dan matinya, sifat-sifat dll.

MULIA: Ini bermaksud sebelum kita lahir lagi, segala penentuan tentang diri kita telah di tetapkan oleh Allah. tentang bila kita lahir dan bila mati, kita tidak ada option kena ikut. Tetapi tentang kelakuan kita, kita ada option nak buat baik atau buat jahat.....both options are given by Allah, we just  select one...Allah Maha Adil...

TEGUH: Apa maksud QADAK pula?  Bermaksud Allah mahu menjadikan sesuatu berdasarkan bentuk dan keadaan yang tertentu (seperti mahu menjadi manusia rendah atau tinggi dll).

MULIA: Maksud Qadak dan Qadar dalam satu ayat....Kemahuan Allah untuk mengadakan sesuatu dalam bentuk yang khusus, kemudian Dia mengadakannya betul selaras dengan apa yang dikehendaki.

AKHTAR: Apabila kita mengerti Qadak dan Qadar, maka di dalamnya ada perkara yang kita tiada pilihan langsung dan ada perkara yang kita ada option..............

FAEZ: Contoh tiada option...... Allah memberi kecacatan pada anggota kita hingga beberapa amalan ibadat tidak dapat dilaksanakan.....maka dalam keadaan sebegini kita tidak akan dihisab berdosa atas ketidaksempurnaan ibadat kita itu kerana kecacatan tersebut.

TEGUH: Contoh ada option.......katakan telah tertulis kita akan mencuri pada tarikh sekian, tetapi bila tiba waktunya...peluang mencuri ada, dan lintasan hati untuk mencuri pun ada....tetapi Allah akan beri option untuk berubah hati supaya jangan mencuri.....so kita pilihlah........di akhirat jangan marahkan Allah sebab option mencuri kita pilih termakan "nasihat" syaitan....

No comments:

Post a Comment