HARI KIAMAT
AKHTAR: Apabila tiba hari kiamat, Allah akan memerintah malaikat Israfil meniup serunai sangkala....kesemua manusia yang hidup di dunia ini akan binasa.
IMAN NAJAH: Namun ada juga ulama memperkatakan bahawa ada manusia pilihan Allah tidak akan dimatikan pada waktu ini. Hanya Allah jua yang tahu.
MULIA: Langit akan retak dan pecah, bintang-bintang di langit tidak lagi beredar mengikut orbit peredarannya yang biasa dan berlaku pelanggaran sesama sendiri.
TEGUH: Dan bumi serta apa yang ada di dalamnya akan musnah dan binasa.
FAEZ: Selepas itu , tidak tahu berapa lama, malaikat Israfil akan meniup serunai sangkala buat kali kedua.
MULIA: Manusia yang mati ini akan dibangkitakan semula. Mereka di kumpulkan di padang Mahsyar. Manusia datang dalam tiga bentuk iaitu berjalan kaki, berkenderaan (dengan apa tidak ditulis) dan berjalan dengan muka mereka.
AKHTAR: Di padang Mahsyar berlakulah persoalan apa yang telah mereka buat semasa hidup di dunia dulu. Tidak boleh berbohong sebab kesemua anggota badan menjadi saksi dan boleh berbicara.
TEGUH: Bila sudah selesai, buku cacatan diserahkan kepada manusia dan mereka perlu melalui titian sirat mustaqim. Titian ini di bentang di atas neraka.
FAEZ: Sesiapa yang berdosa akan jatuh ke dalam neraka, dan sesiapa yang beramal baik akan selamat merintasi titian ini dan masuk ke surga.
No comments:
Post a Comment