Saturday, August 4, 2012

AHLUSSUNNAH   WAL   JAMA'AH (bahagian 1/2)

IMAN NAJAH: Kita kerap mendengar bahawa panganut Islam di Malaysia ini adalah Ahlusunnah Wal Jama'ah...apa maksudnya?

MULIA: Ianya bererti kita adalah penganut yang mempercayai segala sunnah Nabi Muhammad saw. Dan para sahabat Rasulullah saw adalah orang-orang yang paling memahami segala perkataan, perbuatan dan perakuan baginda.

TEGUH: Maka dengan itu, kita akan mengikuti apa jua yang dilakukan oleh para sahabat ini...mereka melaksanakan segala perintah Rasulullah saw mengikut cara penentuan hukum yang lapan itu. Iaitu berasaskan al-Quran, hadis, ijmak, qias, istihsan, al-masalih al-mursalah, uruf dan istishab (sila rujuk penulisan-penulisan sebelum ini).

AKHTAR: Siapa pengasa Ahlussunnah wal Jama'ah dan mengapa? Ia di asaskan oleh Syeikh Abu Hasan Ali al-Asy'ari...lahir di Basrah pada tahun 260 Hijrah...atau lebih kurang 250 tahun selepas wafatnya Rasulullah atau kira-kira 1,200 tahun yang lalu. Beliau meninggal pada usia 64 tahun. 

FAEZ: Ada juga ulama menyatakan bahawa Syeikh Abu Hasan Ali ini adalah bersama-sama rakannya iaitu Syeikh Abu Mansur At-Maturidi. Namum begitu nama Syeikh Abu Hasan Ali kerap diwarwarkan sebagai pengasas.  

TEGUH: Syeikh Abu Hasan Ali adalah pada awalnya murid pada bapa tirinya seorang ketua ulama kaum Muktazilah. Namun begitu beliau dapati kaum Muktazilah ini banyak kekeliruan tentang I'itiqad dan kepercayaan kepada Rasulullah saw. Beliau mengambil keputusan keluar daripada kaum Muktazilah ini dan "menubuhkan" Ahlussunnah Wal-Jama'ah.

MULIA: Kehadiran Syeikh Abu Hasan Ali adalah lebih kurang 55 tahun sesudah meninggalnya Iman Syafie.....pengasas mazhab Syafie. Apa kaitan Ahlussunnah Wal-Jama'ah dengan mazhab-mazhab ini? Ingatkan Iman-iman Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafie.

FAEZ: Ahlussunnah Wal-Jama'ah adalah berkaitan dengan ilmu asas-asas  Islam atau dikenali sebagai ilmu Usuluddin yang sesuai dengan al-Quran dan hadis. Imam-imam ini pula atau dikenali sebagai mazhab-mazhab adalah berkaitan dalam furuk syariat atau fikah Islam.

TEGUH: Kesemua umat yang percaya kepada mazhab-mazhab yang empat di atas tadi adalah juga pendokong Ahlussunnah Wal-Jama'ah. Seperti contoh negara yang mengamalkan mazhab Syafie ialah Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei, Filipina, Somali, sebahagian Mesir. 

MULIA: Mazhab Hanafi pula India, Pakistan, Bangladesh, Tunisia, Libya, Turki, sebahagian Mesir, Afghanistan, Lebonan, sebahagian besar bekas jajahan Soviet.

TEGUH: Pengikut mazhab Maliki ialah di Morocco...mana lagi...Mazhab Hanbali pun...sorry I can't remember off hand.

No comments:

Post a Comment