Sunday, August 5, 2012

JALAN KE SYURGA...

IMAN NAJAH: Pagi tadi di masjid SS4A Kelana Jaya PJ, seorang ustaz Dr Faisal dari UM bertakzirah mengenai "jalan ke syurga".

MULIA: Beliau sempat merujuk 179 hadis mengenai subjek ini dan mengrumuskan kalau kita hendak masuk syurga kita perlu lakukan dua perkara sahaja iaitu sebagai (1) hamba Allah dan (2) khalifah Allah.

AKHTAR: Sebagai hamba Allah kita perlu beramal ibadat....namun dengan ibadat sahaja tidak ada gurantee kita dapat masuk syurga...kita masuk syurga dengan Rahmat Allah....

TEGUH: Ada hadis menceritakan seorang perempuan yang banyak beramal pada malam hari, tetapi mengurung kucingnya tanpa belas iksan.....perempuan ini dicampak ke neraka...

FAEZ: Seorang pelacur yang menceduk air dalam kasut, dan memberikan air itu untuk diminum oleh seekor anjing yang dalam kehausan....perempuan ini masuk syurga...

IMAN NAJAH: Amal ibadat mesti dilakukan dengan mengambilkira (1) tunaikan ibadat seperti diarahkan oleh Allah dan Rasulullah....jangan tambah atau kurangkan (2) jangan menunjuk-menunjuk kepada orang ramai tetapi jika orang ramai melihatnya bukan salah kita (3) buat ibadat yang kita boleh melakukannya secara terusan harian.

MULIA: khalifah pula, kita buat amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Saidina Ali membuat amalan dengan empat cara..ada yang dibuat (1) secara senyap-senyap (2) secara terang-terang (3) ada dibuat pada siang hari dan (4) ada yang dibuat pada malam hari.

TEGUH: Kalau kita ke Makkah atau Madinah dalam bulan Ramadhan ini, ramai orang kaya meraikan mereka yang berpuasa majlis berbuka...tetapi bagi mereka yang kurang berada..ada yang hanya berdiri di pintu menghulur 2 atau 3 helai kertas tisu...very creative untuk dapat pahala....

No comments:

Post a Comment