Thursday, September 17, 2015

WUDUK YANG TIDAK SAH

Salah satu syarat sah solat ialah perlu ada wuduk.

Rukun wuduk ada 6 iaitu "2 kering dan 4 basah" :-
1. Niat wuduk di dalam hati, (di anggap perbuatan "kering")
2. Membasuh muka, 
3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku,
4. Menyapu air di bahagian kepala, 
5. Membasuh kaki hingga ke buku lali, dan 
6. Tertib. (di anggap perbuatan kering).

NIAT: 
"Sengaja aku berwuduk kerana Allah Taala". 
Niat ini terlintas di hati semasa air sampai di muka. Jika niat berlaku terlebih awal iaitu sebelum air sampai di muka, maka niat tersebut tidak terpakai  (mengikut Imam Syafi'i).

BASUH MUKA:
Kita kerap silap kerana menggunakan air yang sama (air yang masih berada di tapak tangan) setelah tapak tangan di angkat dari permukaan kulit muka untuk meratakan basahan muka kita yang belum terkena air lagi.

Ini bermaksud, apabila air berada di tapak tangan maka hendaklah meratakannya keseluruh muka, tanpa tapak tangan di angkat dari kulit muka. Jika tapak tangan telah di angkat, maka hendaklah menggunakan air yang baru untuk meneruskan pembasuhan muka berkenaan seterusnya. 

Membasuh muka ini bermaksud mengenakan air di seluruh kulit muka termasuk apa yang ada di atasnya, seperti janggut, misai dan anak rambut.

Bagi wanita yang menyimpan rambut panjang, kerap ada anak rambut yang panjang di tepi pipi (side-burn). Mereka biasanya akan menolak atau menyikatnya kebelakang melepasi telinga. Mengikut Imam Syafi'i, anak rambut ini perlu kena dibasahkan keseluruhannya kerana ianya berpunca dari permukaan muka.

No comments:

Post a Comment