AIR BAHAN WUDUK UNTUK SOLAT
(Rujukan: Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
(2011). Ensiklopedia Solat. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn Bhd).
Tubuh manusia terdiri 70% air dan baki 30% lagi bahan-bahan
lain.
Biasanya cecair apabila membeku dan menjadi lebih
berat, tetapi berbeza dengan air. Ianya menjadi lebih ringan apabila membeku,
dan akan timbul di permukaan air dan tidak tergelam.
Cecair lain membeku dari bawah ke atas. Tetapi air membeku dari atas ke bawah. Sebab itu ais boleh terapung dan hidupan laut boleh hidup di bawahnya. Bukan sahaja ikan boleh hidup, tumbuh-tumbuhan pun menumpang sama.
Kemampuan air sebagai pengalir haba adalah empat kali ganda
lebih tinggi daripada cecair lain.
Air mempunyai haba terpendam paling tinggi dibandingkan
dengan cecair lain.
Di antara jenis air yang boleh dibuat untuk berwuduk ialah air mata air, air kolam, air paip, air mineral serta air yang ditapis dengan mesin khas dengan syarat mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
Hukum menggunakan air yang dipanaskan dengan api atau letrik adalah harus. Ini termasuk air yang menggunakan water heater, kettle letrik atau ketuhar gelombang mikro.

No comments:
Post a Comment