Thursday, August 12, 2010

PUASA UMAT ISLAM DUNIA

RENUNGAN RAMADHAN
BERAPA RAMAI UMAT ISLAM BERPUASA


MULIA: Penduduk dunia pada tahun 2009 berjumlah 6.8 billion orang. Pecahan mengikut agama terbesar adalah seperti berikut:-

(i) Agama Kristian, 2.2 billion orang, atau 32% penduduk dunia;
(ii) Agama Islam, 1.9 billion orang, atau 19% penduduk dunia;
(iii) Agama Hindu, 0.9 billion orang, atau 13% penduduk dunia;
(iv) Agama Buddha, 0.4 billion orang atau 6% penduduk dunia.


FAEZ: Maka penganut Islam di anggarkan 1.9 billion orang di dunia ini. Kalau kita ambil hampir separuh adalah kanak-kanak yang tidak wajib berpuasa, maka umat Islam yang akan menunaikan tanggungjawab mereka di dalam bulan Ramadhan ini adalah lebih kurang 1 billion. Ramai sungguh.

AKHTAR: Cuba kita bandingkan dengan bilangan orang Melayu di Malaysia ini. Penduduk Melayu Islam Malaysia di anggarkan berjumlah 14,000,000 berbanding orang Islam dunia 1,900,000,000.


TEGUH: Setiap satu orang Melayu Islam di Malaysia ini ada 136 orang Islam lain di serata dunia.

MULIA: Atau setiap satu orang Melayu Islam di Malaysia ini ada 523 orang lain berbagai agama di serata dunia. Dari segi angka Melayu nampak kerdil, sukar hendak menalokki dunia.

FAEZ: Ada satu bangsa kecil tetapi nafsu mereka tiada sempadan hingga ke hari kiamat. Mereka ialah orang berbangsa Israel lebih kurang 14 juta orang sahaja di dunia ini, tetapi mereka berkuasa merentakkan lanskap politik di Amerika dan beberapa negara tertentu. Presiden Amerika cukup takut kepada Yahudi. Amerika tidak berani membantu Palestin kerana hendak menjaga hati Yahudi.

AKHTAR: Biarpun Yahudi tidak boleh di percayai, tetapi ilmulah membuat mereka berkuasa. Yang jahat jangan kita ikut, tetapi yang berguna boleh di contohi. Carilah ilmu.

TEGUH: Kita jangan selalu salahkan Yahudi dengan ungkapan "Yahudi merosakkan pemuda pemudi kita melalui program-program TV yang tidak........"

MULIA: Kita sudah 50 tahun merdeka...nak salahkan orang lain lagi ke. Siapa yang anjurkan Jom Heboh, Akademi Fantasia, Mari Berdansa...Israel ke???



No comments:

Post a Comment