Thursday, August 12, 2010

ALAM BULAN MATAHARI DUNIA BINTANG LANGIT

RENUNGAN RAMADHAN
HEBATNYA KUASA ALLAH

FAEZ: Assalamu’alaikum, saintis barat ada menyatakan bahawa alam (universe) ini telah terjadi kira-kira 15 billion tahun yang lalu, dan umur dunia (earth) pula lebih kurang 4.5 billion tahun.


AKHTAR: Penemuan ini boleh di pakai....ianya tidak bercanggah dengan apa yang terkandung dalam al-Quran. Banyak surah-surah mengenai kejadian alam ini ada di sebut dalam al-Quran. Seperti contoh, surah 21 al-Anbiyaa’ ayat 30 di mana Allah berfirman mengenai kejadian langit dan bumi. Keduanya dahulu adalah bercantum dan kemudian dipisahkan antara keduanya.


MULIA: Pada peringkat awal galaksi-galaksi juga bercantum antara satu sama lain sehingga menyebabkan kemusnahan sebahagian bintang. Bintang-bintang yang hancur bersama gas yang terhasil daripadanya, terhumban ke Black Hole. Lubang ini terlalu padat (very dense), tanpa ada isi padu (with no volume), tarikan graviti yang terlalu kuat, dan apa sahaja yang memasukinya tidak mampu keluar daripadanya.
(Catatan lebih terperinci mengenai perkara ini ada tertera di tulisan dalam blog ini pada bulan MAC).


TEGUH :Kejadian Bumi (kosong tanpa kehidupan) dan Atmosfera berlaku 4.5 billion tahun yang lalu. Selepas 1 billion tahun kemudiannya, baharulah lahir hidup-hidupan yang pertama di atas bumi.

FAEZ: Menurut al-Quran bahawa langit pada amnya dicipta terlebih dahulu berbanding bumi, tetapi penciptaan tujuh lapis langit sepenuhnya berlaku selepas bumi. Dengan lain perkataan proses kejadian langit lebih lama berbanding bumi.
AKHTAR: Suhu bumi pada masa itu terlalu panas dan tidak sesuai untuk dihuni oleh sebarang hidupan. Selepas itu proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan terutama karbon dioksida, nitrogen dan air. Kemudian baharulah lahir logam-logam, diikuti tumbuhan-tumbuhan, kemudian haiwan dan disususli dengan kejadian manusia.


MULIA: Penciptaan di langit seakan-akan tiada noktahnya, kerana kewujudan bintang-bintang baharu kerap di jumpai. Persoalannya, adakah bintang-bintang ini baharu wujud atau sudah lama wujud tetapi kita baharu jumpa! Allah sahaja yang mengetahui.



AKHTAR: Alhamdullilah kita umat Islam telah di beritahu kira-kira 1450 tahun yang lalu mengenai kejadian alam. Tetapi kenapa kita masih tidak bijaksana, biarpun segala ilmu ada pada umat Islam?

FAEZ : Kita sebenarnya banyak bertadarus.....tetapi kurang memahami isi kandungan.........jauh dari menghayati al-Quran. Mungkin Allah hendak memperli kita umat Islam, fasal tu banyak ilmu ada pada kaum bukan....... Wallahua’lam, Allah sahaja yang mengetahui.

TEGUH: Selamat Beramal dalam bulan Ramadhan..

No comments:

Post a Comment