Thursday, August 12, 2010

RAYA SEBULAN,
PUASA SETAHUN, dan
PAHALA SEUMUR HIDUP

AKHTAR: Di Malaysia ramai orang menyambut raya sebulan dan perlu menghadiri berpuluh-puluh majlis “rumah terbuka” terutama di hujung minggu hingga terbabas ke bulan Zulkaedah (bulan selepas bulan Syawal). Inilah yang hebat orang kita.....semuanya boleh.....untung duduk di Malaysia ni....

MULIA: Sebenarnya Islam memang mengalakkan kita berHARI RAYA sepanjang SEBULAN.....tetapi syaratnya satu bulan yang di maksud itu ialah sepanjang bulan RAMADHAN (bulan puasa). Markah pahala sungguh tinggi sepanjang bulan Ramadhan ini.

TEGUH: Berapa banyak MARKAH? Ada ustaz kata pahala dalam bulan Ramadhan ialah (a) perbuatan sunat pada bulan Ramadhan, pahalanya ialah sebanyak perbuatan wajib dalam bulan lain; (b) perbuatan wajib pada bulan Ramadhan, pahalanya ialah berganda 70 kali perbuatan wajib dalam bulan lain. Sungguh lumayan..... Wallahu A’lam.

FAEZ: Kalau hendak beli baju raya, hendaklah membelinya pada bulan-bulan sebelum Ramadhan. Kenapa? Supaya sepanjang bulan Ramadhan hendaklah pakai baju baharu atau baju terelok sekali semasa malam-malam sembahyang fardu dan terawih. Ingat kata-kata ustaz di atas tadi “pahalanya lebih”. Wallahu A’lam.


AKHTAR: Boleh buat atau beli makanan dan menghidangkannya pada tiap-tiap hari (30 hari) di surau/masjid semasa waktu berbuka puasa. Bukan berlumba-lumba menghantar makanan sewaktu more’ (sessi makan selepas sembahyang terawih).


TEGUH: Duit raya boleh di hadiahkan kepada anak-anak yatim, insan kurang kemampuan dan kanak-kanak yang berpuasa sebagai galakan. Pengagihan wang di buat semasa dalam bulan Ramadhan.


FAEZ: Sungguh cantik Islam itu. Dan hendaklah kita jangan tinggal SEMBAHYANG TERAWIH. Kalau kita tidak mampu (bukan culas/malas) buat 20 raka’at, buatlah sekurang-kurangnya lapan raka’at. Sebaik-baik berjumaah di surau/masjid. Atau buat 8 raka’at di rumah.......selepas sembahyang Isyak...pada bila-bila waktu malam tersebut tetapi sebelum masuk waktu Subuh...

TEGUH: Pokoknya jangan tinggal sembayang terawih...biarpun ianya sunat tetapi ganjarannya tidak terbilang....Allah sahaja yang Maha mengetahui...


AKHTAR: Selepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, kita kena teruskan berpuasa untuk cukupkan SATU TAHUN. Tetapi tidak perlu bersusah-susah kerana hanya berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ada para ilmuan Islam menyatakan setiap satu hari berpuasa dalam bulan Ramadhan di gandakan 10 hari pada bulan biasa. Maka 30 hari X gandaan 10 = 300 hari, dan 6 hari pada bulan Syawal di gandakan 10 juga iaitu menjadi 60 hari. Di campurkan 300 hari + 60 hari = 360 hari iaitu persamaan SATU TAHUN.

FAEZ: Tetapi jika kita tidak berpuasa pada bulan Ramadhan jangan harap apa-apa gandaan pahala pada bulan Syawal. Allah memang hendak beri bonus kepada kita pada bulan Ramadhan ini.

TEGUH: Jangan lupa kalau kita di izinkan Allah bertemu dengan malam Lailatul Qadr, ganjarannya seakan 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan. Biasanya hayat kita di antara 60 hingga 70 tahun, dengan ganjaran 83 tahun sudah melangkau hayat.

FAEZ: Ya ALLAH kami memohon agar kami, atuk/nenek/ibu bapa kami serta kesemua para pembaca blog ini memperolehi malam Lailatul Qadr terlalu istemewa dalam Ramadhan ini.

MULIA, TEGUH, AKHTAR: Amin! Selamat menyambut ketibaan Ramadhan pada tahu hadapan.

No comments:

Post a Comment