Sunday, September 12, 2010

KEPERCAYAAN SILAM & KINI MELAYU .......................

FAEZ: Kita yang berbangsa Melayu ini banyak mempunyai kepercayaan yang di katakan karut mengarut. Nak percaya boleh, tak nak percaya pun boleh. Apa yang perlu di jaga ialah jika sekiranya kepercayaan tersebut bercanggah dengan rukun Iman, maka hendaklah kita tolak jauh-jauh dari lubuk hati kita dan jangan sesekali mengamalkannya.

AKHTAR: Rukun Islam ada 5 perkara dan Rukun Iman ada 6 perkara. Rukun Iman: Beriman kepada (1) Allah swt, (2) Malaikat-Malaikat, (3) Kitab-Kitab, (4) Rasul-Rasul, (5) Hari Kiamat, dan (6) Qada dan Qadar.

MULIA: Kita ambil satu contoh kepercayaan yang di katakan karut. Iaitu mengenai uri atau placenta. Ianya adalah tisu yang melekat pada rahim ibu dan disambung ke badan bayi melalui tali pusat. Uri dikeluarkan selepas bayi dilahirkan. Masyarakat Melayu menanam uri ini kebiasaannya berdekatan dengan rumahnya. Kalau tanam jauh-jauh dikhuatiri akan mendapat jodoh daripada orang jauh juga.

FAEZ: Kita juga percaya bahawa uri hendaklah di tanam di tempat yang kering, bukan di kawasan tanah yang berendam dengan air. Di khuatiri jika terendam dalam air, bayi berkenaan kerap kembung perut. Terdapat kepercayaan bahawa uri kepada anak perempuan di tanam bersama senduk dan sudu menyebabkan anak perempuan itu nanti pandai memasak. Bayi lelaki, urinya di tanam dengan pencil dan kertas agar jadi insan pintar.

TEGUH: Ada juga uri yang dicuci dengan bersih dan diletakkan garam, kemudian diletakkan paku-paku dan sebagainya. Walaupun ada sesetengan orang tua berkata, perkara ini menjadikan anak lelaki mereka pandai bertukang.

AKHTAR: Secara logiknya, dengan cara ini uri yang bersih boleh mengurangkan bau hanyir darah dan garam boleh mengurangkan bakteria sekaligus mengurangkan juga bau busuk. Ini boleh menghindarkan anjing-anjing dan binatang buas daripada mengorek dan mendekati kawasan uri yang baru ditanam. Paku dan barang tajam di sekeliling uri juga boleh menyebabkan anjing dan binatang buas hilang selera.



MULIA: Contoh kedua adalah kanak-kanak memakai tali kuning atau tali hitam yang diikat di pinggang. Ada yang memakai tali di pergelangan tangan. Ini semua dipanggil tangkal dan ulamak berpendapat tangkal hukumnya haram dipakai kerana dikhuatiri menyebabkan syirik. Sebenarnya kepercayaan kepada kuasa tangkal ini lebih banyak pada agama Hindu dan Buddha.

FAEZ: Kita ketawa apabila kita mendengar cerita-cerita kepercayaan lama di atas. Sekarang kita tengok kepercayaan modern pula. Jangan ketawa....jangan ingat orang dahulu bodoh....orang sekarang bijak...Sebenarnya kita serupa, iaitu mengamalkan kepercayaan yang tidak bijak.

TEGUH: Ada ibu mengandung tidak mahu makan multivitamin, nanti bayi dalam kandungan jadi besar. Takut-takut kena bersalin melalui pembedahan. Akhirnya ibu berkenaan lesu, dan bayi dalam kandungan tidak begitu aktif.

MULIA: Islam mengajar kita untuk mendapat anak yang bertakwa, ianya bermula dari awal lagi. Iaitu dari pernikahan yang sah, adab bersama suami-isteri, berzikir dan membaca al-Quran bagi ibu mengandung dll.

AKHTAR: Kepercayaan modern ialah melarang anak-anak makan makanan yang masam saperti jeruk atau limau, nanti otak mengucut dan menjadi menjadi lembab serta pelupa. Kalau makan kicap atau minum kopi masa mengandung, anak jadi gelap. Sebaliknya kalau minum air kacang soya selalu nanti anak jadi putih.
FAEZ: Kalau begitu biarlah ibu mengandung minum air oren supaya anak cantik macam orang Bosnia. Cukup mudah kita percaya kepada teori yang tak lojik ini.


TEGUH: Kalau anak demam, kena pakai baju tebal-tebal. "Anak saya sejuk doktor". Tapi kalau anak sejuk, takkan suhunya mencecah 40 C darjah? Kalau pakai baju lagi tebal, suhu anak semakin meningkat dan boleh menyebabkan sawan demam.

FAEZ: Keperayaan-kepercayaan karut ini tidak akan lenyap selagi kita tidak belajar dan mengamalkan suruhan agama Islam dengan baik dan betul. Islam menuntut agar umatnya berilmu dalam segala bidang termasuk sains. Ilmu sains telah Allah turunkan melalui Nabi Muhammad (saw) 1400 tahun yang lalu untuk kita.

1 comment:

  1. Kita org melayu, banyak berpegang kpd amalan ghaib, yg tidak berlandaskan Al Quran dan Hadis. Itulah dia melayu. Kita sbg org baik2 tak suka dengar cerita baik, tapi bila kita jadi org tak baik pula tak suka dengar cerita baik2..Xfaham? itulah melayu.Ada se org apek jual kismis doa. Katanya dia beri anak nya makan dan lulus SPM cemerlang. Katanya lgi, itu aji punya anak pun makan juga, tapi lulus cukupmkn saja. Akidah amat penting. Selalulah berdoa secara "on-line" dgn Allah. Jgn mengharap utk amin doa yg dibaca oleh org lain. Yakinlah akan diri sendiri. Kuatkan anti-body.

    ReplyDelete