Tuesday, February 22, 2011

NON-MUSLIM 1/5:
SEBAGAI JIRAN & SAHABAT


MULIA: Kenapa setelah kita menceritakan berkali-kali tentang kebaikkan Islam kepada rakan non-Muslim tetapi mereka masih tiada perubahan pun. Kita mesti ingat bahawa hidayah itu datangnya daripada Allah. Beriman atau tidak adalah diluar bidang kuasa kita menentukannya, kerja kita hanya berdakwah, menyampaikannya dan sama penting ialah mengamalkan segala ajaran Islam itu. Jangan cakap tak serupa bikin.

AKHTAR: Ada pendapat yang mengharam dan mengharuskan kita memberi salam kepada non-Muslim. Walau bagaimanapun setelah mengambil kedua-dua pandangan ini, lafaz salam “assalamua’laikum” biarlah di tujukan kepada orang Islam sahaja. Manakala kepada non-Muslim lafaz salam seperti “salamat pagi” dan “good afternoon” digunapakai.
TEGUH: Jika dalam satu kumpulan itu ada campuran Muslim dan non-Muslim, Nabi saw pernah memberi salam lafaz bahasa Arab itu kepada kumpulan campuran berkenaan.



FAEZ: Sekiranya non-Muslim pula memberi salam kepada kita, ada kitab menyatakan kita boleh menjawab dengan lafaz “wa’alaikum”, dan ada membenarkan kita jawab penuh “ waa’laikum musalam”.



MULIA: Dalam Islam tiada tegahan untuk kita berjabat salam sesama gender non-Muslim. Dalam surah al-Tawbah ayat 28 bermaksud “....Sesungguhnya orang musyrik adalah najis .........”. Ada pendapat menanggap perkataan “najis” dalam surah ini adalah akidah mereka yang tidak bertunjangkan tauhid kepada Allah. Najis dari sudut agama dan iktikad mereka.
TEGUH: Muslim diharuskan menghadiri majlis kemasyarakatan jirannya seperti rumah terbuka yang tiada kaitan dengan agama non-Muslim. Tetapi jemputan ke gereja atau kuil tidak wajar dipenuhi jika ianya majlis keagamaan. Tetapi jika tidak bercanggah dengan syariat seperti menghadiri seminar, perbincangan atau mesyuarat tidak mengapa.

MULIA: Harus non-Muslim memasuki masjid jika bertujuan baik seperti mendengar syarahan agama, melihat Muslim bersolat atau menghadiri mesyuarat. Mereka perlu menutup aurat.

AKHTAR: Muslim boleh melawat jenazah non-Muslim. Tetapi Muslim tidak boleh mengambil bahagian dalam pengurusan mayat tersebut, seperti menyalakan api membakar mayat. Walau bagaimanapun Muslim tidak boleh berdoa untuk jenazah non-Muslim seperti “Semoga Allah mengampunimu atau merahmatimu”.

FAEZ: Sebagai Muslim kita boleh memberi sedekah kepada non-Muslim jika ia seorang yang fakir, atau memberi hadiah kepadanya jika ianya seorang yang kaya.

MULIA: Kita sebagai Muslim, jangan sesekali berpegang bahawa semua agama sama sahaja.

No comments:

Post a Comment