Thursday, February 10, 2011

SOLAT 8/8:
SOLAT BERJEMAAH DAN BERDOA SELEPASNYA



MULIA: Solat berjemaah di masjid ada rankingnya. Paling top ialah berjemaah pada (1) solat subuh Jumaat terutama yang mengamalkan sujud sejadah. Katanya para malaikat malam berkumpul bersama para malaikat siang beramai-ramai memenuhi masjid-masjid (surau termasuk juga mungkin!). Kedua (2) solat subuh pada hari-hari bukan Jumaat; (3) Isyak; (4) Asar; (5) Zohor; dan (6) solat jemaah Maghrib.

TEGUH: Sekiranya kita berjemaah pada solat Isyak, ianya seakan-akan kita bersolat sunat separuh pertama malam. Dan jika kita berjemaah solat Subuh pula, ianya juga seakan-akan bersolat sunat separuh kedua malam. Maka jika kita berjemaah kedua-dua solat Isyak dan Subuh berikutnya, Allah memberi pahala seakan kita bersolat sepanjang malam. Pahala itu penting, tetapi yang lebih penting ialah kita membuat apa yang Allah gemar kita membuatnya.

MULIA: Hendak masuk surga bukan dengan banyaknya pahala semata-semat, sepertimana cerita berikut:- (1) Ada seorang pelacur memberi minuman air kepada seekor anjing dengan bercawankan kasut telah di janji Allah akan masuk surga. Dan (2) ada tunggul pokok kurma di dalam masjid Nabawi yang Rasulullah kerap menggunakannya sebagai tempat sandaran semasa memberi khutbah di perkenaankan Allah akan berada dalam surga. (3) Serta ikan paus yang Nabi Nuh memasukinya juga di janji surga. Kesimpulannya bahawa surga adalah hak Allah menetukan siapa yang akan menghuninya, kita hanya perlu berusaha dengan apa jua perkara yang di perintah Nya. Amalkan segala perbuatan wajib dan sunat jua, mudah-mudahan ada di antaranya melayakkan kita memasuki surga.

AKHTAR: Gerakan solat ada kaitan dengan nama Rasulullah yang di kenali sebagai “Ahmad” apabila dieja dalam jawi iaitu (1) huruf “Alif” melambangkan berdiri tegak semasa solat; (2) huruf “Ha” mengambarkan tunduk rukuk; (3) huruf “Mim” menunjukkan seakan-akan kepala sujud; dan (4) huruf “Dal” adalah gambaran duduk di antara dua sujud semasa tahiyat/tasyahud.

FAEZ: Nabi saw tidak menyapu dahi Baginda semasa selepas solat. Walau bagaimanapun kita tidak perlu bergaduh tentang perkara ini oleh sebab perbuatan menyapu dahi ini dianggap sebagai satu pergerakan yang dibuat di luar solat (iaitu selepas salam).

MULIA: Mengangkat tangan dan membaca doa secara berjemaah selepas solat pernah dilakukan oleh Nabi saw, tetapi bukan pada setiap solat. Mazhab Maliki menganggapnya sebagai makruh, dan lebih gemar setiap orang berdoa untuk dirinya secara bersendirian.

TEGUH: Bagi mereka yang ingin berdoa secara berjemaah selepas solat pastikan agar tidak menguatkan suara sekiranya masih ada terdapat ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Menggangu orang yang sedang bersolat adalah haram. Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment