MULIA: Kadangkala kita mengadapi kesukaran untuk menentukan adakah waktu solat telah masuk atau belum. Terutamanya waktu magrib yang amat pendek jangkamasanya. Apabila kita yakin bahawa waktu solat telah masuk, lalu kita pun bersolat. Setelah selasai solat kita di beritahu waktu solat tersebut sebenarnya belum masuk lagi. Apa yang harus kita lakukan?
TEGUH: Mengikut para ulama, apabila kita yakin sangkaan kita itu salah dan ianya ternyata waktu sebenar-benarnya memang belum masuk lagi. Maka wajib kita mengulangi solat tadi semula.
MULIA: Sebaik-baiknya apabila setelah selesai solat pertama tadi, jangan rajin-rajin bertanya-tanya pula....memang mencari masalah sendiri......
AKHTAR: Kita semasa muda pernah meninggalkan solat untuk jangka masa yang panjang, tetapi tidak tahu berapa banyak solat yang tertinggal. Adakah perlu kita qada solat-solat berkenaan?
FAEZ: Di sini ada beberapa pendapat. Pendapat (1) tidak ada qada dalam solat kecuali jika kita tertidur dan sebagainya. Kita perlu memohon keampunan daripada Allah dan berjanji tidak akan meninggalkan solat lagi di masa hadapan. Dalam kes ini kita tidak di wajibkan mengqada solat-solat yang tertinggal. Pendapat (2) kita diwajibkan menqada semua solat yang pernah ditinggalkan sehinggalah kita merasakan solat yang diqadakan itu sudah melebihi bilangan solat yang pernah ditinggalkan setelah baligh. Pilihlah mana satu yang baik. Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Pengampun.
MULIA: Jika kita sampai ke masjid, kita mendapati iman sedang mengimamkan solat Magrib (sebagai contoh) sedangkan kita belum lagi menunaikan solat Asar. Maka ada pendapat menyatakan bahawa jika kita dapati masa Magrib masih panjang maka kita hendaklah mendahulukan qada Asar secara sendirian terlebih dahulu. Selepas selesai, jemaah masih lagi dalam solat Magrib, maka boleh kita bersama dengan jemaah berkenaan.
TEGUH: Takbiratulihram (permulaan pada masa niat solat) adalah penting bagi menentukan masa solat berkenaan. Seperti contoh untuk bersolat magrib, kita boleh bertakbiratulihram dalam waktu magrib (penghujung waktu) dan berakhir solat berkenaan dalam waktu Isyak (permulaan waktu). Solat ini adalah solat magrib secara tunai, kerana kita bertakbiratulihram dalam waktu magrib. Ingat ini bukan solat qada ya...
AKHTAR: Jika kita berazam menunaikan solat dalam waktunya, tiba-tiba kita meninggal sebelum sempat bersolat. Ada ulama berpendapat kita tidak berdosa.
MULIA: Jika kita sedang bersolat, kita merasai ragu-ragu adakah sempurna ataupun tidak wuduk kita tadi. Ada ulama berpendapat bahawa kita boleh teruskan solat berkenaan oleh sebab walaupun syak atau ragu-ragu masih ada atau tidak tentang pengambilan wuduk berkenaan. Perkara demikian di bolehkan terhadap solat tersebut kerana kita memulakan solat dengan yakin sempurna segala syaratnya.
MULIA: Jika kita sedang bersolat, kita merasai ragu-ragu adakah sempurna ataupun tidak wuduk kita tadi. Ada ulama berpendapat bahawa kita boleh teruskan solat berkenaan oleh sebab walaupun syak atau ragu-ragu masih ada atau tidak tentang pengambilan wuduk berkenaan. Perkara demikian di bolehkan terhadap solat tersebut kerana kita memulakan solat dengan yakin sempurna segala syaratnya.
FAEZ: Ada masjid yang telah di bina dan sekian lama di gunakan jumaah. Pada satu hari ada orang yang boleh di percayai ilmu dan keimanannya memberitahu arah kiblat tersasar (tidak secara tepat mengadap ke arah Masjidilharam (Kaabah Mekkah). Persolatnya berapakah acceptable margin yang boleh kita anggap tersasar ini. Mengikut keputusan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bagi masjid/surau di Malaysia bahawa yang di anggap tersasar adalah jika melebihi daripada 3 darjah. Jika ini berlaku maka arah kiblat itu perlu di semak semula.
TEGUH: Bagi orang buta pula arah kiblatnya memadailah dengan bertanya orang dan mempercayai perkhabarannya atau memadai dengan hanya menyentuh orang yang sedang berdiri di dalam saf solat.
AKHTAR: Jika pada satu hari dengan izin Allah berpeluang bersolat di dalam Kaabah, maka arah solatnya adalah mana-mana penjuru (any four corners). Secara teknikalnya ialah, kita perlu mengadap ke arah mana-mana sesuatu yang di anggap sebagai sebahagian daripada bangunan Kaabah. Seperti contoh dinding Kaabah, pintu Kaabah, atau kayu atau besi atau batu yang dijadikan binaan. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment