Thursday, March 31, 2011

TAKBIRATULIHRAM dan
QIAM (BERDIRI)


TEGUH: Semasa membaca takbiratulihram “Allahuakbar” biasanya kita menebalkan sebutan huruf “lam” pada kalimah Allah dan tidak dinipiskan. Sebenarnya tidak menjadi syarat sah solat di sebut tebal atau pun nipis, solat tersebut dikira sah.


AKHTAR: Begitu juga jika kita pisahkan kalimah “Allah” dan kalimah “Akbar” ketika takbiratulihram. Tetapi jarak masa sekejap sahaja sekadar bernafas atau terputus nafas. Solat kita tidak terjejas.


MULIA: Ada di antara kita yang sukar untuk betul-betul “masuk” dalam solat, dia akan berulang kali melafaskan takbiratulihram. Sebenarnya setiap takbiratulihram yang terbaharu membatalkan takbiratulihram yang sebelumnya. Walau bagaimanapun perbuatan melafas takbiratulihram berulang perlu di hindarkan.


FAEZ: Sekiranya pada pertengahan solat, kita syak berkemungkinan tidak melakukan takbiratulihram pada awal solat tadi. Lalu kita mengucapkan takbiratulihram lagi sekali tanpa berhenti daripada bersolat. Maka solat kita itu tidak sah kerana yang timbul syak ialah tentang niat. Kita perlu melakukan solat yang baharu.


TEGUH: Adalah di wajibkan agar niat dan takbiratulihram di lakukan serentak atau seiring atau bersekali. Iaitu apabila ia menyebut takbiratulihram berkekalan ingatan dalam hatinya untuk mengerjakan solat sehinggalah akhir takbirnya.


AKHTAR: Dalam solat fardu, bagi mereka yang mampu wajib solat berdiri. Dan membaca surah al-Fatihah adalah juga rukun dan wajib membacanya. Kedua-duanya wajib ke atas kita yang hendak bersolat dan tiada apa keuzuran. Akan tetapi di sebabkan oleh sesuatu (cannot find any good reasons so far!) kita hanya boleh membaca surah al-Fatihah sekiranya kita solat duduk. Yang mana satu kita hendak pilih: (1) solat berdiri dan membaca surah selain daripada al-Fatihah; atau (2) solat duduk dan baca surah al-Fatihah.


MULIA: Apabila bertembung di antara dua rukun iaitu berdiri (qiam) dan membaca surah al-Fatihah, maka hendaklah diutamakan membaca al-Fatihah dan tidak boleh diganti denga surah lain.


FAEZ: Begitu juga sekiranya jika kita solat berdiri pasti aurat kita akan terbuka (can we blame the strong wind!), akan tetapi jika solat duduk aurat kita akan terpelihara. Mana satu hendak pilih? Ada ulama berpendapat kita perlu mengutamakan menutup aurat walaupun terpaksa bersolat dalam keadaan duduk.


TEGUH: Di sebabkan sesuatu keuzuran kita terpaksa bersolat duduk. Sedang kita membaca surah al-Fatihah di posisi duduk, kita merasakan badan kita sihat dan mampu berdiri. Maka hendaklah kita bangun berdiri untuk menghabiskan bacaan al-Fatihah itu kerana sebab yang menghalangnya kita berdiri sudah tidak ada lagi.


FAEZ: Begitu juga jika kita bersolat secara berdiri akan menyebabkan mengalir keluar air kencing (beyond control) dan ini menyebabkan solat kita tidak sah kerana kedatangan najis (air kencing) sedangkan kita mampu mengelaknya iaitu dengan cara duduk, maka kita dikehendaki supaya bersolat dengan cara duduk.

No comments:

Post a Comment