WUDUK 1/2 :
AIR DAN ANGGOTA WUDUK
AKHTAR: Syarat sah wuduk adalah seperti berikut: (1) menggunakan air yang mutlak; (2) beragama Islam; (3) mumaiyiz; (4) tidak menafikan kewajipan dan kefarduannya; (5) tidak menghalang air sampai kepada anggota wuduk; (6) mengetahui cara dan kaifiat berwuduk; (7) hendaklah mengekalkan niatnya; (8) setelah masuk waktu bagi mereka yang mengalami masalah tidak boleh control kencing.
MULIA: Jika seseorang berasa syak pada dirinya samada dia beradas atau tidak (tetapi lebih yakin kepada tidak beradas), lalu dia pun mengambil wuduk, maka sah wuduknya.
FAEZ: Biasanya orang perempuan yang memasak di dapur, akan mengalami minyak masak (daripada jenis kelapa, sawit, jagung, sayur dll) atau minyak sapi terdapat pada anggota wuduk. Lumuran minyak di badan ini tidak menjadi penghalang untuk berwuduk.
TEGUH: Apabila cuaca terlampau sejuk kita kerap menggunakan air yang di panaskan menggunakan water heater di rumah. Ini di bolehkan. Walau bagaimanapun air yang terjemur pada matahari, hukumnya makruh jika digunakan. Alasan yang di beri ialah akan mudaratkan badan kita menjadi sopak. Tetapi apabila air panasan matahari menjadi sejuk dengan sendirinya, maka hukum makruh itu terbatal dan air ini boleh di gunakan.
FAEZ: Air zamzam boleh di gunakan untuk mengambil wuduk. Walau bagaimnanapun para ulama berselisih pendapat menggunakan air zamzam untuk mengangkat hadas dan menghilangkan najis.
MULIA: Masa berniat sewaktu mengambil wuduk ialah pada ketika mula membasuh muka kali pertama. Kita tidak semestinya mengulangi perbuatan setiap anggota sebanyak tiga kali, sekali jua pun sudah mencukupi. Tiga kali adalah sunat, lebih pahala. Dua Kali? Dalam banyak perkara Islam suka angka ganjil......satu, tiga , lima dll. Maka niat tadi boleh di buat pada basuhan muka kali pertama, kedua atau ketiga.
AKHTAR: Setelah berniat, maka kita di galakkan supaya berdoa pada setiap kali anggota di basuh. Berdoa agar setiap anggota itu membawa kita lebih dekat kepada Allah.
TEGUH: Di antara hikmah terdapat dalam anggota wuduk ialah (1) di sunatkan membasuh tangan terlebih dahulu kerana hendak memelihara kebersihan; (2) sunat berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung bertujuan mengetahui sifat air seperti rasa dan bau; (3) wajib basuh muka sebab ianya tempat yang mula di pandang.....mereka yang kerap berwuduk muka mereka gembira di pandang....di sini terletaknya mata, hidung dan mulut...kesemuanya boleh membawa kita ke surga atau neraka; (4) wajib membasuh tangan hingga ke siku adalah melambangkan anggota yang berkerja mencari rezeki yang halal; (5) wajib menyapu dahi/kepala untuk anggota yang tersimpan akal yang beriman kepada Allah dan Rasul; dan (6) wajib membasuh kaki agar sentiasa membawa kita ke tempat seperti masjid dan majlis ilmu.

No comments:
Post a Comment