WUDUK 2/2 :
WUDUK TANPA MEMBUKA KASUT
MULIA: Sekarang ini semakin ramai rakyat Malaysia pergi melancung ke luar negara pada musim sejuk (suhu di bawah paras 0), ataupun penuntut-penuntut kita yang berkuliah di sana. Pada suhu sebegini kita di bolehkan memakai “khuf”, iaitu sejenis kasut diperbuat daripada kulit binatang yang lembut lagi nipis. Ia menutup sehingga ke paras buku lali, selesa dipakai dan dapat menghalang air daripada masuk ke kaki.
FAEZ: Sebelum khuf di pakai, kita perlu mengambil wuduk secara biasa (tanpa memakai khuf) terlebih dahulu. Setelah selesai berwuduk sepenuhnya baharulah khuf di pakai buat kali pertama untuk menunaikan solat.
TEGUH: Jika wuduk tidak terbatal, maka kita boleh bersolat seterusnya. Tetapi jika sudah batal wuduk, maka kita perlu memperbaharuinya.
AKHTAR: Pengambilan wuduk kali kedua dan seterusnya, khuf telah berada di pakai di kaki. Kita mengambil wuduk seperti biasa bermula dengan muka, tangan dan dahi. Semasa mengambil wuduk pada anggota kaki, hanya memadai melalukan tangan yang basah di bahagian atas khuf tanpa perlu membukanya.
FAEZ: Sekarang ini kita perlu ingat bahawa ada dua jenis pembatalan wuduk bagi mereka yang memakai khuf iaitu (1) pembatalan di sebabkan perkara biasa seperti kentut, hadas kecil dan hadas besar dll, dan (2) pembatalan wuduk di sebabkan khuf itu sendiri.
TEGUH: Pemakaian khuf ini terbatal, di antaranya (1) kedatangan hadas besar; (2) habis tempoh jangkamasa membolehkan pemakaian khuf; (3) apabila khuf tertanggal / tercabut /terbuka /terkoyak; (4) khuf terkena najis yang tidak dapat disucikan, dan (5) ada penceramah di radio berkata sekiranya air termasuk dan membasahi kaki yang berada dalam khuf itu boleh membatalkan pemakaian khuf. Wallahu a’alam.
MULIA: Tempoh jangkamasa membolehkan pemakaian khuf ada dua fasa iaitu (1) satu hari satu malam bagi mereka yang bermukim (ada ustaz berkata ianya selama 24 jam), dan (2) tiga hari tiga malam bagi mereka yang bermusafir. Jangkamasa-jangkamasa ini dapat di nikmat sepenuhnya jika tidak terbatal di sebabkan khuf itu sendiri seperti (1) kedatangan hadas besar..........(5) termasuk air.............(rujuk sebab-sebabnya di atas).
AKHTAR: Ini bermakna jika terbatal di sebabkan khuf itu sendiri atau terbatal kerana sudah tamat tempoh, maka kita hendaklah memperbaharuinya bermula daripada pengambilan wuduk pertama (tanpa memakai khuf) dan begitulah seterusnya.

No comments:
Post a Comment