TEGUH: Perkara ini jarang berlaku, tetapi adalah berguna sebagai ilmu jua. Adalah sah solat jenazah walaupun jenazah diangkat sebelum selesai solat. Ada ulama berpendapat jika jarak di antara jenazah dengan jemaah yang mengerjakan solat jenazah tersebut tidak lebih daripada tiga ratus hasta dan jika dipisahkan oleh dinding sekalipun, solat jenazah itu dikira sah.
AKHTAR: Satu hasta adalah jarak antara siku hingga ke hujung jari. Ianya lebih kurang 45 cm atau 0.45 meter. Maka 300 hasta jarak lebihkurang 135 meter.
MULIA: Begitu juga sah solat bagi jenazah yang sedang dipikul dibawa ke tanah perkuburan dengan syarat semasa jemaah melakukan takbiratulihram jenazah mengadap ke arah kiblat dan jarak di antaranya tidak melebihi tiga ratus hasta.
FAEZ: Jika pada sesuatu tempat itu tiada seorang lelaki pun maka wajiblah (kerana tiada gender lain) ke atas kaum wanita mengerjakan solat jenazah tersebut. Tetapi sedang jenazah di solatkan, ada kaum lelaki datang. Maka lelaki tersebut perlu mengulangi semula solat jenazah tersebut bersama-sama dengan kaum wanita itu (pada masa ini wanita hanya sunat bersolat jenazah).
TEGUH: Adalah sunat berulang-ulangkan solat jenazah. Adapun bagi mereka yang telah mengerjakan solat bagi jenazah berkenaan tidak di tuntut mengulanginya sekali lagi. Adalah digalakan agar bilangan saf biarlah dalam angka ganjil, biarpun dalam satu saf hanya ada dua makmum sahaja pun.
No comments:
Post a Comment