Tuesday, April 5, 2011

SOLAT JENAZAH: 1/2

FAEZ: Solat jenazah mula di laksanakan di Madinah dan jenazah pertama Nabi Muhammad saw sembahyangkan ialah jenazah As’ad Ibn Zurarah. Jenazah Sayidatina Khadijah dikebumikan tanpa sembahyang jenazah kerana semasa di Mekah belum lagi arahan berbuat demikian.


MULIA: Semasa berniat adalah lebih elok jika kita dapat menyebut nama jenazah berkenaan. Walau bagaimanapun kita boleh berniat “Sahaja aku solat ke atas jenazah-jenazah yang hadir” atau “....ke atas jenazah-jenazah ini” atau “....jenazah-jenazah yang disolatkan oleh imam”. Niat secara umum ini banyak digunapakai semasa memsembahyangkan mangsa-mangsa Muslim yang di timpa gempa bumi atau sunami.


AKHTAR: Kita boleh menetukan bilangan jenazah dalam niat kita. Seperti contoh “...ke atas sepuluh jenazah yang hadir”, tetapi apabila selepas solat di dapati ada sebelas jenazah atau lebih. Maka kita wajib mengulangi solat untuk semua jenazah tersebut. Tetapi kalau bilangan jenazah itu kurang daripada sepuluh, solat berkenaan sah dan tidak perlu di ulangi.


TEGUH: Solat jenazah ada masbuk (mengikuti imam dalam pertengahan solat). Walau bagaimana pun dia perlu lengkapkan solatnya iaitu (1) niat dan takbiratulihram sebanyak empat kali pada tempatnya (2) membaca al-Fatihah (3) selawat ke atas Nabi (4) berdoa untuk jenazah (5) memberi salam.


FAEZ: Kadang kala kita masbuk terlambat sedikit dan tidak dapat menghabiskan bacaan al-Fatihah pada takbir yang pertama. Ada ulama menasihatkan kita supaya kita ikut imam mengangkat takbir yang kedua. Selepas itu kita mengulangi (bukan menyambung) bacaan al-Fatihah semula sebelum berselawat ke atas Nabi dalam takbir yang kedua.

AKHTAR: Tetapi ada juga ulama berpendapat jika kita tidak sempat menghabiskan al-Fatihah lalu imam pun takbir yang berikutnya, maka gugurlah kewajipan membaca al-Fatihah hingga selesai oleh sebab ianya akan ditanggung oleh imam. Pandangan ini sama dengan masbuk dalam solat fardu berjumaah.


MULIA: Surah al-Fatihah wajib di baca, seelok-eloknya pada takbir pertama. Tetapi di sebabkan perkara-perkara tertentu ia boleh di baca di mana peringkat takbir sebelum memberi salam. Yang penting mesti di baca jangan tertinggal.

No comments:

Post a Comment