Sunday, August 14, 2011

MENJAWAB AZAN

AKHTAR: Kita kerap kali tidak menghiraukan laungan azan dan sibuk berbincang dengan rakan tentang urusan dunia. Bila azan di kemundangkan oleh muazzin (bilal tukang bang), kita di minta ucapkan seperti yang di ucapkan oleh muazzin itu.

TEGUH: Kita juga tidak berselawat kepada Rasulullah saw setelah azan tamat. Dengan membaca satu selawat atau doa ini, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak sepuluh kali.

FAEZ: Kita biasa melihat apabila sedang azan, mereka mencium kuku kedua ibu jari dan mengusap kedua mata dengan harapan tidak dapat penyakit mata. Perbuatan ini tiada dalam amalan Islam.

MULIA: Ada ulama berpendapat bahawa azan ini bukan sahaja di buat di masjid, surau atau madarasah, bahkan ianya perlu di laungkan juga jika kita bersolat bersendirian di rumah. Biasanya apabila solat bersendirian kita hanya iqamah (kamat) sahaja. Terpulanglah kepada kita....

FAEZ: Azan yang menggunakan pembesar suara acapkali di laungkan terlalu kuat. Ini bercanggah dengan amalan komuniti dalam Islam. Agama Islam adalah agama kesejahteraan untuk umat sejagat baik Muslim atau non-Muslim.

AKHTAR: Betul bahawa azan itu untuk memberitahu bahawa waktu solat telah masuk, tetapi jangan terlalu kuat volume pembesar suaranya. Ia tidak ada kena mengena dengan mereka yang non-Muslim. Bahkan kepada Muslim pun tidak semua yang terlibat....seperti bayi, kanak-kanak kecil, dan wanita yang uzur......biarlah mereka terus tidur di subuh hari (5.45am) pada hujung minggu tu.

TEGUH: Azan boleh di alunkan tetapi volumenya biarlah berpada-pada. Walau bagaimanapun, alunan membaca al-Quran atau ceramah agama mengunakan pembesar suara agar mereka yang tidak hadir di masjid dapat mendengarnya, perlulah di hentikan. Hendak dengar juga maka berjemaahlah ke masjid.

No comments:

Post a Comment