AKHTAR: Kesilapan biasa dalam solat ialah tidak menggerakkan lidah/mulut atau hanya baca dalam hati sahaja, terutama semasa mengangkat takbir permulaan, bacaan al-Fatihah dan bacaan tahayat akhir. Ianya perlu bersuara, sekurang-kurangnya di dengari oleh telinga kita sendiri.
TEGUH:Perbincangan kita berikutnya ialah keadaan di mana kita sakit dan hendak bersolat Fardu menggunakan kerusi. Kita mampu berdiri dan berjalan tetapi sukar untuk rukuk dan sujud.
AKHTAR: Mengikut kitab yang saya baca ini menyatakan “Sesiapa yang mampu berdiri, sedangkan dia tidak mampu untuk rukuk dan sujud, tetapi ketika berdiri dia masih mampu dan tidak jatuh, maka dia wajib berdiri (bagi solat FARDU) dan memberi isyarat ketika rukuk, duduk dan sujud. Sebabnya, berdiri itu termasuk salah satu rukun dari rukun solat”.
MULIA: Kalau kita terjemahkan kenyataan di atas bermakna kita kena berdiri dari awal hingga akhir pada solat Fardu. Bila tiba waktu rukuk kita bongkokkan badan kita sedikit, dan pada masa sujud pula bongkok itu perlu lebih daripada bongkok rukuk. Tiada perlu ada kerusi untuk kita duduk.
AKHTAR: Pilihan kedua pula, berdiri semasa membaca al-Fatiha, dan duduk di kerusi semasa rukuk, sujud dan membaca tahiyat. Perbuatan ini boleh di terima pakai sebab tiada ulama yang memberi apa-apa komen menghalangnya.
TEGUH: Yang tidak boleh ialah duduk di atas kerusi daripada awal hingga akhir bagi solat Fardu, sedangkan kita boleh berdiri. Tetapi bagi solat sunat, kita boleh bersolat duduk dari awal hingga akhir. Hanya pahala solat dapat separuh berbanding jika kita berdiri.
FAEZ: Apabila kita gunakan kerusi dalam solat berjemaah, pastikan kaki belakang kerusi itu selari atau sebaris dengan belakang tumit jemaah di sebelahan kita. Jika tidak ianya akan menggangu jemaah di belakang kita, sebab kaki kerusi kita termasuk dalam zon kawasan solat jemaah di belakang itu. Tentu dia tidak selesa.
No comments:
Post a Comment