Friday, October 28, 2011

ALAM KUBUR

SEKSAAN DALAM KUBUR BERTAHUN

IMAN NAJAH: Seksaan di dalam kubur boleh juga berlaku dalam jangka masa panjang. Pernah Rasulullah pergi ke suatu kawasan kubur dan bertanya bila mayat dalam kubur itu mati?

MULIA: Rasulullah di beritahu bahawa mereka telah mati di zaman syirik. Rasulullah membalas dengan berkata bahawa umat ini sedang menanggung ujian di dalam kubur.

AKHTAR: Dalam bicara kita kemarin, kita ada menyatakan bahawa apabila kita hendak di kebumikan, roh kita akan turun dari langit balik semula ke jasad/mayat dalam kubur. Kita kemudian di seksa oleh malaikat di atas setiap kesalahan yang kita buat.

FAEZ: Yang merasai seksaan itu ialah bersekali jasad/badan dan roh kita. Apabila jasad sudah hancur dalam beberapa bulan kemudian, kemungkinan roh sahaja yang terseksa. Kitab ini tidak berapa jelas penerangannya mengenai perkara ini. Kemungkinan sahaja!

TEGUH: Tetapi dalam cerita Rasulullah di atas, bahawa mayat itu telah mati sejak di zaman syirik. Ini bermaksud sudah bertahun-tahun, bukan bulan lagi. Maka seksaan di alam kubur boleh menjangkau bertahun-tahun lamanya. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

IMAN NAJAH: Pedih sungguh rasanya!

MULIA: Marilah kita sama-sama memohon keampunan daripada Allah agar seksaan tidak berlaku kepada kita semua termasuk anak cucu pembaca jua.

No comments:

Post a Comment