Thursday, November 3, 2011

BINATANG MENDENGAR SEKSAAN KUBUR

IMAN NAJAH: Ada hadis yang menyatakan bahawa binatang boleh mendengar akan seksaan yang berlaku ke atas diri kita semasa di dalam kubur.

AKHTAR: Pada zaman dahulu, apabila orang Arab mendapati ternakan mereka terutamanya unta atau kuda tidak berapa sihat, mereka akan membawa binatang ini ke kawasan kubur orang Yahudi.

FAEZ: Binatang ini akan merayau-rayau di sekeliling kawasan kubur itu, dan seketika kemudian ianya akan tersentak serta melompat-lompat. Ada yang berlari jauh-jauh.

TEGUH: Sekembalinya binatang ini semula kepada tuannya, binatang tersebut akan merasa lebih sihat daripada dahulu. Masa itu tidak ada perjelasan yang nyata mengapa ianya boleh berlaku.

MULIA: Setelah ilmu Islam di pelajari, baharu di ketahui bahawa di dapati binatang-binatang itu merasa ketakutan apabila mendengar jeritan kesakitan daripada mayat-mayat di dalam kubur. Kerana panik, perjalanan darah akan menjadi lebih laju dan badan akan panas sedikit. Kita panggil kebah dari deman.

FAEZ: Ada juga cerita bahawa ayam berkokok pada subuh hari kerana dapat melihat para malaikat, dan anjing mendayu bunyinya apabila melihat hantu/syaitan. Allah wa’lam.

AKHTAR: Kita sebenarnya boleh banyak belajar daripada binatang. Ramai nabi termasuk Rasulullah sendiri menternak kambing. Kemungkinan dengan menguruskan kambing-kambing, boleh mendidik kita dalam perangai dan attitude diri kita, dan juga dapat mempelajari keadaan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment