Thursday, October 6, 2011

MENGHADAPI MATI

FAEZ: Mati itu ialah perpisahan roh dengan tubuh badan kita. Roh itu adalah diri kita sebenarnya, berbanding tubuh badan yang  hanya merupakan alat atau jasad yang dipergunakan oleh roh untuk melaksanakan sesuatu.

MULIA: Rahsia roh itu hanya Allah jua yang mengetahuinya. Rasulullah sendiri tidak mempunyai ilmu yang mendalam mengenai perkara roh ini. Kalimat roh diulang-ulang sebanyak 21 kali di dalam al-Quran.

IMAN NAJAH: Rasulullah menyuruh kita sentiasa mengingati mati. Dengan ingatan ini, amalan kita akan menjadi lebih suci bersih, dan Allah akan memperhatikan amalan tersebut untuk bekalan pahala di akhirat nanti. Segala gerak geri kita mendapat panduan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah

TEGUH: Ayat al-Quran surah Ibrahim : 22 ada menyatakan yang bermaksud “.....Allah tidak akan mempercepatkanya (seperti contoh waktu mati) daripada qada’ yang sudah ditetapkan-Nya dahulu....”.

MULIA: Malakulmaut (malaikat) ada memberitahu nabi (sebelum Rasulullah) bahawa manusia telah di beri beberapa tanda kedatangan mati. Di antaranya ialah penyakit, uban, kesusahan, kekurangan pendengaran dan penglihatan.

AKHTAR: Ayat al-Quran surah al-Qasas : 88 ada firman yang maksudnya “....Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah..........”. Bahkan malaikat yang paling dekat kepada Allah seperti Jibril, Mikail, Israfil dan Malaikulmaut, kesemuanya pasti mati akhirnya.

IMAN NAJAH: Ada beberapa makhluk yang tidak mati pada waktu ditiupkan sangkakala yang pertama nanti, iaitu seperti Arasy, Syurga, Neraka, Ajbuzzanab, Roh dan Luh Mahfuz.

FAEZ: Rasulullah bersabda yang bermaksud “......sesiapa yang suka menemui Allah, maka Allah pun suka menemuinya........”.

TEGUH: Tanda-tanda kita akan mati ada banyak. Di antaranya ialah kedua-dua tumit menjadi lembut, hidungnya menjadi bengkok, alis mata semakin hilang, kulit muka menjadi tegang dan dahi kita berpeluh. Berpeluh ini biasanya di peringkat nazak.

MULIA: Ada kitab mencatatkan proses roh di cabut dari kita.......organ-organ di tubuh kita berhenti secara beransur-ansur. Ia bermula dengan tumit kaki kita terasa dingin, setelah itu kedua belah betis, menyusul pula paha. Setiap anggota tubuh merasakan kepedihan dan kesakitan, akhirnya roh itu berkumpul di kerongkong.

IMAN NAJAH: Yang membuat keputusan mencabut roh itu ialah Allah. Dia-lah Pencipta yang Menghidupkan dan Mematikan. Allah-lah yang menyuruh Malakulmaut dan pembantunya untuk mencabut roh seseorang, yakni berdasarkan perintah dan qudrat Allah.

FAEZ: Tarikh dan waktu kematian telah di tetapkan semasa kita dalam rahim ibu kita lagi.......semasa kandungan berumur 4 bulan. Sungguh detail Allah ini.

TEGUH: Nabi Ibrahim pernah menengok Malakulmaut semasa hendak mencabut nyawa manusia. Bagi manusia yang bertakwa, Malakulmaut menyerupai seperti pemuda tampan yang berpakaian kemas, wangi dan cantik kulitnya.

MULIA: Apabila hendak mencabut nyawa orang kafir, Malakulmaut seperti lelaki yang sangat hitam dan hodoh. Kakinya di bumi sedangkan kepalanya di langit.....tingginya malaikat ini. Dicelah-celah bulu badanya ada api.....katanya bara api neraka.

AKHTAR: Apabila kita mati, kita perlu menempuh beberapa proses sebelum masuk peringkat surga/neraka. Prosesnya ialah (1) mati (2) alam kubur (3) padang mahsyar (4) pertanyaan dan hisab (5) timbangan amal (6) titian dan (7) surga atau neraka.

FAEZ: Kubur adalah tempat pertama menuju ke akhirat. Kalau kita sudah lepas dalam persoalan di kubur, peristiwa selanjutnya akan menjadi lebih ringan lagi.

IMAN NAJAH: Dunia ini adalah tempat beramal tanpa hisab, sedangkan akhirat adalah tempat yang mementingkan hisab tetapi tiada di beri kesempatan untuk beramal lagi.

TEGUH: Rasulullah ada berpesan “.......seandainya terjadi hari kiamat, dan di tangan salah seorang kamu ada bibit kurma, maka hendaklah dia menanamnya.........”.

FAEZ: Berusahalah seakan-akan kita akan hidup selama-lamanya, dan beramal seakan-akan kita akan mati esok.

MULIA: Dalam kehidupan dengan panduan Allah ini, bukan permulaan yang penting tetapi penghidupan terakhir yang menentukan segala-segalanya.

No comments:

Post a Comment