Monday, October 10, 2011

ROH ORANG MATI

ROH ORANG MATI ADA DI KUBUR

IMAN NAJAH: Bicara fasal roh ini cukup mencabar. Info mengenainya sangat-sangat terhad dan jika ada pun akan bercabang kepada berpuluh-puluh pandangan.

AKHTAR: Al-Quran surah al-Isra’ ayat 85 bermaksud “.....mereka bertanya kepada engkau tentang roh! Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa roh itu adalah urusan Tuhanku dan kamu tiada diberi pengetahuan mengenainya melainkan sedikit sekali........”.

TEGUH: Dalam bahasa Arab di panggil AR-RUH, dan kita Melayu sebut ROH atau JIWA atau NYAWA.

MULIA: Pandangan di mana roh orang yang mati berada sekarang? Cukup banyak pandangan....tak mampu hendak berbicara.

TEGUH: Roh berada di kubur, itu sudah pasti. Roh ini berada di satu tempat lain, dan apabila ada pelawat ziarah kuburnya serta memberi salam, roh orang mati akan respon.

IMAN NAJAH: Kita di galakkan apabila menziarah kubur Rasulullah di Madinah supaya memberi salam.

MULIA: Rasulullah pernah bersabda “ Tiada seseorang pun yang memberi salam kepadaku, melainkan Allah akan mengembalikan rohku agar aku dapat membalas salamnya”.

FAEZ: Roh Rasulullah dalam keadaan biasa akan berada di Ar-Rafiq Al-A’laa iaitu suatu tingkat yang paling tinggi sekali.

TEGUH: Kita juga apabila melalui kubur supaya memberi salam kepada ahli kubur. Pandangan mengatakan roh berada di kubur adalah benar, tetapi bukan terus menerus 24 jam.

No comments:

Post a Comment