Wednesday, October 26, 2011

ROH DAN JASAD

IMAN NAJAH: Seperti yang telah di perkatakan bahawa ilmu mengenai roh ini amat sukar untuk di pelajari. Ilmunya sungguh luas dan tidak banyak hadis mengenainya.

AKHTAR: Allah sendiri telah memberitahu kepada Rasulullah bahawa perkara roh ini adalah urusan Allah dan terlalu sedikit yang di ketahui oleh Rasulullah serta umatnya.

MULIA: Para pembaca boleh baca tetapi mesti mempunyai fikiran terbuka kerana setiap sudut tajuk roh ini ada berpuluh-puluh pendapat.

TEGUH: Roh ini tiada mempunyai sesuatu bentuk atau ukuran ataupun rupa. Roh ini boleh berdiri dengan zatnya sendiri, ia boleh keluar dan kembali semula kepada jasad, boleh bergerak dan diam, dan berbagai lagi….hanya Allah jua yang mengetahui.

FAEZ: Mengikut cerita yang di sampaikan oleh sahabat-sahabat Rasulullah bahawa`apabila kita hendak di cabut nyawa, beberapa malaikat akan duduk di samping badan kita. Kemudian datang pula malaikat maut duduk di kepala kita serta menyeru kepada roh supaya keluar. Maka roh kita akan mengalir keluar.

IMAN NAJAH: Roh yang keluar itu di ambil oleh malaikat maut dan sertamerta di letakkan dalan kafan dan terus di bawanya naik ke langit dengan di iringi oleh para malaikat yang lain. Setiba di langit Allah akan mengarahkan supaya malaikat catit buku hamba ini.

MULIA: Kemudia roh itu akan di kembalikan ke jasadnya di dalam kubur. Dua malaikat akan datang duduk di sisinya serta bertanya siapa tuhan kamu, apa agama kamu, siapa nabi kamu dan apa Kitab kamu. Kita akan terima hukuman mengikut amalan yang kita buat di dunia.

AKHTAR: Kitab rujukan ini tidak menyebut secara nyata mengapa roh ini perlu di bawa ke langit dan di tentukan buku catatnya (baik atau buruk) dan kemudian ke bawa ke kubur pula untuk di soal oleh malaikat.

TEGUH: Nanti kita bicara lagi. Subjek roh ini perlu di baca dengan teliti dan mengambil masa lama. Sungguh banyak pendapat mengenai sesuatu tajuk. Kita kena pilih dengan baik.

No comments:

Post a Comment