IMAN NAJAH: Rasulullah ada bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang suka berjumpa dengan Allah, maka Allah juga akan suka berjumpa dengannya. Sesiapa yang benci berjumpa dengan Allah, maka Allah pun benci bertemu dengannya”.
AKHTAR: Kita hanya akan bertemu dengan Allah apabila kita mati nanti. Ada orang yang berdoa kepada Tuhan agar dianya cepat mati kerana sakit, tidak tahan dengan hutang Along, putus asa, tunang atau isteri telah meninggalkannya.
MULIA: Berdoa agar cepat mati hukumnya haram kecuali dalam dua perkara sahaja.
MULIA: Berdoa agar cepat mati hukumnya haram kecuali dalam dua perkara sahaja.
TEGUH: Dua perkara ini pun di hukumkan arus. Pertama (1) ulamak yang dipaksa mengeluarkan faktwa yang bersalahan dengan hukum. Jika sekiranya ulamak ini tidak patuh dengan arahan pemerintah yang zalim ini, dianya akan di hukum mati atau pancung, maka dia boleh berdoa agar mati lebih baik daripada hidup. Jika dia mengeluarkan faktwa yang bercanggah dengan hukum, maka rakyaat akan dapat becananya.
IMAN NAJAH: Dan (2) pesakit yang amat teruk seperti koma bertahun-tahun, tetapi bukan dia yang berdoa, yang berdoa adalah orang lain yang kasihan melihat penderitaannya.
IMAN NAJAH: Dan (2) pesakit yang amat teruk seperti koma bertahun-tahun, tetapi bukan dia yang berdoa, yang berdoa adalah orang lain yang kasihan melihat penderitaannya.
FAEZ: Apabila kita berdoa agar umur kita panjang, ini tidak bermaksud bahawa kita takut mati. Lagi panjang umur kita, lagi lama kita boleh membuat amal ibadat.
MULIA: Yang di maksudkan “suka” atau “benci” pada hadis Rasulullah ini ialah perasaan seseorang yang hendak mati itu pada peringkat sakaratul maut nanti. Pada peringkat roh kita hendak dikeluarkan daripada badan nanti, kita akan di perlihatkan imbasan pembalasan perbuatan kita di dunia semasa kita hidup.
FAEZ: Bagi kita yang membuat segala larangan Allah semasa kita hidup, akan di perlihatkan ular, jengking, api dan segala azab seksaan. Kita akan menjadi terlalu takut. Takut untuk berjumpa dengan Allah selepas ini. Takut ini akan menjadi benci bertemu Allah. Inilah yang dimaksudkan hadis Rasulullah itu.
IMAN NAJAH: Ada ulamak menceritakan empat kelakuan orang yang takut hendak mati ini. Ingat kita sekarang di pasa sakaratul maut iaitu semasa roh hendak keluar dari badan. (1) Kerana terlalu takut denga apa yang diperlihatkan oleh Allah semasa hendak nazak, orang ini akan mati dengan matanya terbeliak.
MULIA: (2) Pernafasan kita akan menjadi kuat dan dada kita berombak. (3) kulit mukanya akan menjadi kerepot dan mulut ternanga/terbuka dan (4) jari tangannya akan mencengkam kerana menahan kesakitan.
FAEZ: Bagi mereka yang di senangi Allah, apabila mati mukanya tersenyum. Di katakan bahawa semasa roh hendak keluar daripada badan, kesakitan yang amat kuat akan di rasai jua. Kita akan berpeluh di dahi. Ini adalah bagi mereka yang suka bertemu dengan Allah.
No comments:
Post a Comment