IMAN NAJAH: Di antara perkara yang membatalkan wuduk ialah kentut. Pada amnya kentut ada dua jenis iaitu (1) yang meletup di dalam, dan (2) yang meletup di luar.
TEGUH: Kentut meletup di dalam adalah di mana ianya terasa meletup di dalam badan kita (biasanya di belakang dalam bontut), tidak kedengaran bunyinya dan pasti tidak berbau. Kita rasa meletup macam "pup". Kentut sebegini tidak membatalkan wuduk.
AKHTAR: Kentut meletup di luar adalah terasa anginnya terkeluar dari lubang bontut, bunyinya kadang kala kedengaran dan ada masa macam silencer senyap berbisa, berbau hanget dan kadang kala tidak berbau pun. Kentut sebegini membatalkan wuduk.
MULIA: Biasanya apabila kita bergerak-gerak atau baring, ia membuatkan segala angin dalam badan bergerak juga. Angin ini akan berkumpul dan akan mencari ruang untuk melepas. Pada satu hari purata seseorang akan kentut sebanyak 14 kali.
FAEZ: Jadi apabila kita bebaring atau pun membuat pergerakan perut, biasanya angin kentut ini akan padat mencari jalan melepas keluar. Tetapi jika kita duduk dengan punggung rapat rata di lantai, angin kentut ini sukar atau mustahil boleh melepaskan diri. Ianya akan berada dalam badan menanti masa terluang di lain masa.
MULIA: Jadi mengapa tidur katanya boleh batalkan wuduk!
IMAN NAJAH: Mari kita tengok apa itu tidur. Sebelum kita sampai ke tahap tidur, kita biasanya melalui tahap mengantuk dan terlelap. Semasa mengantuk kita masih boleh memahami apa yang di bicarakan di hadapan kita biarpun tidak kesemuanya masuk tersimpan di dalam otak kita.
TEGUH: Terlelap pula adalah tertidur seketika dan terjaga sebentar. Kemudian tidur sekejap, jaga sekejap...ada orang panggil ini seperti tidur ayam. Dalam keadaan ini kita masih boleh kawal diri dan tahu lebih kurang apa yang berlaku di sekeliling kita.
AKHTAR: Tidur pula terjadi di mana kita tidak tahu apa yang berlaku walaupun bunyi bising di sekeliling kita. Jika kita tidur di tahap ini maka sekiranya kita kentut pun kita tidak akan perasan.
FAEZ: Walau bagaimanpun, kentut semasa baring lebih senang berlaku berbanding jika kita duduk.
AKHTAR: Ulamak mengambil keputusan bahawa jika kita tidur selain daripada duduk dengan punggung rata rapat di lantai berkemungkinan kita akan kentut, maka fasal tu wuduk kita di anggap terbatal. Just to be 100% sure!
AKHTAR: Ulamak mengambil keputusan bahawa jika kita tidur selain daripada duduk dengan punggung rata rapat di lantai berkemungkinan kita akan kentut, maka fasal tu wuduk kita di anggap terbatal. Just to be 100% sure!
MULIA: Jika kita tidur duduk, untuk angin keluar dari badan almost impossible. Cuma di sini ada ulamak menyatakan tidur duduk bersandar di tiang atau dinding terbatal wuduk. Tetapi ada juga ulamak yang tidak setuju dengan pandangan ini.
IMAN NAJAH: Rumusannya ialah yang membatalkan wuduk ialah kentut semata-mata. Tidur tidak membatalkan tetapi berkemungkinan besar kita akan terkentut semasa tidur, maka wuduk juga di anggap terbatal........
No comments:
Post a Comment