IMAN NAJAH: Kita kerap membuat lawak suka-suka, tetapi kita tidak sedar bahawa ianya boleh membawa kita ke neraka.
TEGUH: Katakan bahawa salah seorang kawan kita baharu sahaja meninggal dunia. Semalam kita bermain bola denganya. Dia sihat, tetapi ajal ditangan Allah.
MULIA: Kita pula memberitahu rakan-rakan yang sama-sama bermain bola petang semalam. Salah seorang rakan kita berkata “Hai semalam aku tengok dia sihat berlari kuat mengejar bola. Boleh jadi semasa dia berlari-lari itu malaikat telah tunggu di tepi padang untuk mengambil nyawanya”.
FAEZ: Kita pun menasihatkan kepada rakan kita itu supaya bercakap dengan baik. Sambil mengingatkan rakan tadi bahawa “Ini hari dia , esok pula hari kita”.
AKHTAR: Rakan itu berseloroh menjawab “ Sebenarnya malaikat semalam itu hendak ambil nyawa aku, tetapi aku suruh dia ambil nyawa rakan kita tu”.
IMAN NAJAH: Lawak sebegini sangat di larang. Kita telah memain-mainkan malaikat dan menyatakan bahawa kita berkuasa mengarahkan malaikat. Biadap sungguh kita.
FAEZ: Lawak bodoh ini boleh menyebabkan kita tersungkur 70 tahun di dalam neraka.
No comments:
Post a Comment