IMAN NAJAH: Ada seorang ustaz bercerita mengenai jin Islam mengikuti kita bersolat. Ini pernah berlaku di tempat solat R&R (tidak mahu sebut di mana). Berlaku pada waktu tengah malam. Dan ianya boleh juga berlaku di mana-mana.
FAEZ: Menurutnya jin memang suka berimamkan manusia berbanding sesama jin sendiri. Mertabat manusia lebih tinggi berbanding jin.
AKHTAR: Kita jangan takut, tetapi apabila kita menoleh kebelakang sudah tentu tidak akan nampak kelibat jin berkenaan. Orang-orang tertentu sahaja yang dapat melihat jin.
TEGUH: Tetapi ingat semasa kita menoleh itu pastikan hanya kepala kita sahaja bergerak dan dada kita masih mengadap kearah kiblat.
MULIA: Satu lagi ingatan ustaz itu kepada kami, bahawa apabila kita terpaksa tidor di dalam surau atau masjid pastikan kita jangan tidur di tengah-tengah laluan. Jin agak pantang ada gangguan atau manusia menghalang jalannya. Nanti kita akan di alih ke tempat atau posisi lain.
IMAN NAJAH: Kalau terpaksa tidur juga, carilah posisi di tepi-tepi dinding atau di tepi tiang.
No comments:
Post a Comment