Sunday, November 13, 2011

RUKUK MERAWAT SAKIT PINGGANG

TEGUH: Baharu-baharu in Tok kita mengalami sakit pinggang selama beberapa hari dan terpaksa bersolat duduk.

AKHTAR: Tetapi dengan mengamalkan perbuatan rukuk secara biasa dengan lebih kemas lagi telah berjaya menghilangkan segala sakit pinggang berkenaan.

FAEZ: Amalan ini di buat tidak sampai tiga hari hanya dengan solat fardu serta beberapa solat sunat. Pada mulanya memang merasa teggang kepada otot-otot kaki dan pinggang terlibat.

MULIA: Memang betul bahawa pegerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang. Ini sebagai senaman fizikal yang serdehana.

FAEZ: Semasa kita rukuk, kedudukan tulang belakang lurus melintang dengan kedua-dua tapak tangan diletakkan diatas kedua-dua lutut, akan membuat segala otot-otot kita ke tahap kesihatan yang lebih baik.

TEGUH: Perbuatan rukuk ini hendaklah di buat dalam jangkamasa panjang sedikit daripada biasa, jangan buat ala kada sambil lewa sahaja.

IMAN NAJAH: Selain daripada mengubati sakit pinggang, rukuk juga di fahamkan akan membuat tisu bertambah aktif menyebabkan lambat proses penuaan (tua), proses imbangan air dalam badan akan berada lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

FAEZ: Sebenarnya segala perbuatan dalam solat kesemuanya membawa kepada kebaikkan kesihatan. Semasa kita solat berdiri, jarak kaki kita jangan terlalu rapat atau terlalu jauh. Apabila kita berdiri dengan betul, ianya akan membawa kepada keseimbangan badan yang teratur.

TEGUH: Begitu juga semasa kita sujud akan berlaku penurunan aliran darah kearah otak secara teratur. Ianya turun bertahap-tahap, iaitu bermula dari kepala semasa berdiri, rukuk dan sujud......darah turun dengan sistem yang teratur.

MULIA: Bukan berdiri, turun ke lantai untuk sujud dan naik semula membongkok rukuk...... Ini boleh mengtidakseimbangankan perjalanan darah dan boleh membawa padah pitam.

AKHTAR: Mengikut pengamal perubatan bahawa dengan memanjangkan tempoh posisi sujud akan menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah.

FAEZ: Dengan tekanan darah yang baik ini berserta kehadiran darah beroksigen akan memberi ketenangan serta kestabilan mental dan emosi.

MULIA: Satu lagi perbuatan dalam solat yang perlu kita beri perhatian ialah tamakninah atau berhenti seketika sebelum bertukar posisi dalam solat.

FAEZ: Pada masa tamakninah ini seseorang itu akan berada dalam ketenagan. Segala denyutan jantung, tekanan darah serta otot-otot berada dalam ketenangan yang sangat terbaik.

AKHTAR: Ramai diantara kita yang kurang memberi perhatian kepada tamakninah ini.

IMAN NAJAH: Bersolatlah kita di samping meningkatkan kesihatan.

No comments:

Post a Comment