Wednesday, December 12, 2012

AL-QURAN dengan LUH MAHFUZ


IMAN NAJAH: Kita pernah bincang bahawa kesemua ayat-ayat al-Quran telah tertulis  dengan lengkapnya dalam Luh Mahfuz sebelum manusia di cipta lagi.

TEGUH: Apa itu Luh Mahfuz? Mengikut ahli tafsir, Luh Mahfuz adalah sebuah kitab yang Allah tulis di dalamnya berbagai perkara termasuk qadha dan qadar ke atas semua makhluk.  Ia adalah ketetapan tentang seluruh kehidupan makhluk dari benih (air mani) sehingga ke hari kiamat nanti.

AKHTAR: Ahli-ahli tafsir membuat kenyataan mengenai Luh Mahfuz berasaskan kepada surah al-Haj ayat 70, surah al-Hadid ayat 22, surah al-An'aam ayat 38, surah al-A'raaf ayat 37 dan banyak surah lagi.

FAEZ: Kita jangan ingat Luh Mahfuz seperti sebuah buku. Mengikut Ibnu Abbas...:Luh Mahfuz diperbuat dari yaqut merah, atasnya terikat pada arasy manakala bawahnya di pangkuan malaikat-malaikat, tulisannya cahaya ......"

MULIA: Dalam satu kitab lain ditulis tentang Luh Mahfuz ialah "di jadikan daripada mutiara putih dan ditepinya daripada yaakut yang merah serta besarnya seperti antara langit dan bumi. Panjangnya  seperti Masyrik dan Magrib".

AKHTAR: Di atas ada disebut perkatan ".....terikat pada arasy....". Apa itu Arasy? Ianya adalah tempat Allah bersemayam. Ada ahli tafsir menyebut "singgahsana" atau "takhta" atau "langit tertinggi". Walau bagaimanapun, Allah itu tidak sama dengan makhluk, maka cara Dia bersemayam pun tidak sama dengan makhluk..hanya Allah sahaja yang tahu.

FAEZ: Kenyataan Allah bersemayam di atas arasy ada disebut sebanyak 33 kali dalam al-Quran iaitu  di  surah al-A'raf ayat 54, surah Yunus ayat 3, surah Taha ayat 5 dan banyak lagi.

TEGUH: Berapa besar arasy ini? Ada malaikat yang mempunyai 70,000 sayap terbang sepuas-puasnya tetapi apabila ianya berhenti dan memandang ke arah arasy, ianya merasa seakan-akan tidak terbang jauh.....begitulah luasnya arasy.

MULIA: Ada ahli tafsir menulis bahawa malaikat yang membawa turun ayat-ayat al-Quran dari Luh Mahfuz ke ke Baitul Izzah di dunia langit ialah malaikat Hafazah.

FAEZ: Kemudian baharulah malaikat Jibril membawa turun ayat-ayat tersebut secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.

No comments:

Post a Comment