Friday, December 7, 2012

AL-QURAN DIGITAL


IMAN NAJAH: Ramai orang mula berjinak-jinak dengan Al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah”. (Surah Thaahaa 20 ayat 2)

AKHTAR: Dalam era globalisasi dan ledakan teknologi maklumat, ayat-ayat al-Quran disalin dalam VCD, DVD, CD-Rom, telefon bimbit dan templet. Al-Quran menggunakan teknologi IT dipasarkan sejak tahun 1993 lagi di mulai oleh sebuah syarikat Korea. Di pasaran terlalu banyak jenis al-Quran yang mengamit pengguna.

TEGUH: Percetakan al-Quran digital perlu menggunakan kertas yang boleh menerima koding “tertanam” didalamnya. Koding ini tidak ternampak oleh mata kasar manusia, tetapi hanya dengan menggunakan kanta pembesar akan kelihatan barisan grid di belakang setiap ayat al-Quran terbabit. Grid ini berperanan sebagai tempat “duduk” untuk kod-kod ini.

MULIA: Pada setiap ayat tersebut dimasukkan satu kod khas. Seperti contoh surah Al Baqarah, iaitu surah ke-2 yang mengandungi 286 ayat. Ia akan di mulakan dengan kod 002/001, 002/002 dan seterusnya hingga berakhir dengan kod 002/286.

FAEZ: Bentuk koding sebenar tidak menggunakan format numerik biasa (1, 2, 3 dll seperti contoh di atas) tetapi dipercayai menggunapakai format programming binary “bits and bytes” (iaitu numeric 0 dan 1 sahaja). Perjelasan mengenai “bits and bytes” ini agak panjang dan kami tidak bercadang untuk membincangkannya. Apa yang hendak difahamkan di sini ialah setiap ayat ada kodnya tersendiri.

AKHTAR: Peranan koding pada ayat al-Quran ini adalah semata-mata bertujuan untuk “pengenalan diri” agar apabila disentuh oleh pen pintar, ianya senang dikenali akan surah apa dan ayat ke berapa. Perlu diingatkan bahawa kod pada ayat-ayat ini tidak boleh mengeluar atau menyimpan apa-apa bunyian seperti bacaan al-Quran. Segala bacaan qari-qari tersimpan di dalam pen pintar yang mana chipsnya berkapasiti 4GB (GigaBytes). Chips memori sebesar ini mampu mengisi pelbagaian jenis pengisian.

IMAN NAJAH: Pen pintar akan mengeluarkan bunyi bacaan ayat al-Quran dengan serta merta apabila matanya menyentuh ayat-ayat yang berkod di naskah al-Quran digital itu. Pengguna boleh memilih empat cara bacaan (i) perkataan demi perkataan (ii) ayat demi ayat (iii) halaman demi halaman, atau (iv) keseluruhan surah.

MULIA: Yang sangat menarik dalam pembelajaran bacaan al-Quran ini ialah ayat-ayat berkaitan boleh diulang semula berkali-kali. Kemudahan ini menyenangkan mempelajari cara membaca dengan hukum tajwid yang betul. Ada pen pintar menyimpan bacaan al-Quran dari enam hingga ke lapan orang qari. Pengguna boleh memilih mana-mana qari yang sesuai bagi meningkatkan lagi kualiti bacaan pengguna berkenaan.

TEGUH: Pen ini di lengkapi dengan pembesar suara serta kawalan nada bunyi dan di bantu dengan earphone serta bersaiz kompek. Kuasanya dibekal oleh “rechargeable” batteri yang boleh tahan penggunaan sehingga 6-8 jam sekali charge.

IMAN NAJAH: Sebahagian besar masyarakat tidak mengerti bahasa Arab, maka terjemahannya sangat-sangat berguna dalam kefahaman maksud ayat-ayat berkaitan. Cara pengisian pelbagai bahasa terjemahan ini adalah sama seperti memasukkan suara bacaan qari. Iaitu menggunakan kaedah rakaman sepertimana audio MP3 serta di selaraskan dengan koding.


AKHTAR: Koding pada pen pintar ini juga sebenarnya tidak mengeluar “bunyi suara terjemahan” tetapi berperanan untuk mengenalpasti lokasi “alamat suara”. Suara penterjemahan telah di rakam dan disimpan di dalam chips memori pen pintar.


FAEZ: Contoh, surah An Naas 114 ayat ke 2. Suara penterjemah akan disimpan di dalam chip dan dikoding sebagai 114/002. Apabila mata pen pintar itu menyentuh ayat al-Quran di naskah al-Quran surah An Naas ayat kedua yang telah berkoding (114/002), maka satu arahan akan digerakkan untuk mencari “kembarnya” (114/002) di memori chip dalam pen pintar. Apabila lokasi alamat 114/002 ditemui atau berkahwin, suara terjemahan yang telah dirakam akan berkemundang dari chip pen pintar berkenaan.


TEGUH: Rasm al-Quran yang di terima pakai di Malaysia adalah Rasm Uthmani Riwayat Hafs An’Asim. Kehendak ini termaktub di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1968. Al-Rasm al-Uthmani ialah versi tulisan yang diperkenalkan pada zaman Sayidina Usman al-Affan. Rasm ini juga di iktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi. Di dalam Masjidil Haram di Makkah serta Masjid Madinah Munawwarah, hanya al-Quran Rasm Uthmani ini sahaja dibenarkan.


MULIA; Tulisan ayat-ayat Al-Quran berkenaan adalah mengikut format digital font Uthmani Mushaf Madinah Munawwarah terbitan Kerajaan Arab Saudi. Format ini sudah menjadi piawaian di Saudi. Setiap halaman ada 15 baris dan ayat-ayat yang terkandung dalam setiap halaman adalah standard dengan apa jua saiz font yang digunakan. Ini bermaksud, apa jua halaman mana-mana surah dalam al-Quran yang bersaiz A1 (23 inci X 33 inci) atau A5 (6 inci X 8 inci) adalah serupa kandungannya.


FAEZ: Di sini di huraikan berkaitan harga sebuah al-Quran digital. Al-Quran digital yang ada kelulusan Kementerian Dalam Negeri harganya terlalu mahal di antara RM280 hingga RM600 sebuah. Pengguna masih boleh membeli al-Quran digital dari negara China yang tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri dengan harga bawah RM 250 sebuah. Jika kita pergi ke China boleh dapat RM50 hingga RM70 sebuah.

No comments:

Post a Comment