IMAN NAJAH: Di sini kami ingin merujuk kepada artikel coretan Dr MAZA iaitu Dr Mohd Asri Zainal Abidin, mantan mufti Perlis.
TEGUH: Ada di antara kita yang merasa was-was mengenai perbuatan kencing ini. Kerap berlaku apabila setelah selesai kita kencing dan mencucikannya, kita akan merasakan bahawa masih ada sedikit lagi air kencing yang mengalir keluar.
AKHTAR: Perasaan pengaliran air kencing akan terkena pada pakaian kita....... sudah pasti kita akan merasa pakaian itu bernajis dan tidak boleh dipakai semasa solat.
MULIA: Bagaimana keadaan ini jika berlaku di luar rumah seperti di supermarket atau pejabat dll.......nampak tidak bersolatlah kita sehingga menyalin pakaian di rumah jua.
FAEZ: Agama Islam adalah agama yang tidak menyusahkan umatnya. Menurut Ibn Baz ..."sebaik sahaja terhenti kencing, maka berintinjak (cuci) dengan air".....
TEGUH:Al-Imam Ahmad pula menyambung......"semasa berintinjak, ambillah sedikit air dan renjis pada pakaian yang berhampiran dengan "senjata air" itu".
IMAN NAJAH:Tujuannya, agar jika ternampak apa-apa kesan air, maka anggaplah itu air renjisan tadi dan jangan perduli lagi, kerana itu dapat menghilangkan syak.
AKHTAR: Walau bagaimanapun, jika yakin tanpa ragu bahawa air kencing benar-benar telah terkena pada pakaian kita, maka pakaian tersebut perlu di suci bagi membolehkan di pakai semasa solat.
No comments:
Post a Comment