Sunday, March 10, 2013

SUJUD MAKMUM MELEBIHI IMAM

IMAM NAJAH: Pagi tadi ada satu soaljawab di radio IKIM. Persolannya ialah makmum adalah seorang yang tinggi. Dan apabila makmum ini sujud maka paras kepalanya melebihi paras kepala imam. 

TEGUH: Dalam kes ini solat imam sudah pasti sah, kerana dia tidak terganggu oleh mana-mana perbuatan makmumnya.

MULIA: Apa yang hendak kita bincang ialah mengenai sah atau tidak solat makmum yang paras kepala semasa sujudnya melebihi imam.

AKHTAR: Paras kepala makmum semasa sujud TIDAK membataklan solat jemaah makmum berkenaan. Biarpun ianya melebihi imam, dengan syarat kedudukkan kakinya betul.

FAEZ: Syarat sah solat jemaah ialah makmum hendaklah berdiri di belakang imam, atau sebaris dengan imam (tapi hukumnya makruh). Jika makmum berdiri melebihi imam, maka solat  makmum tersebut tidak dianggap "berjemaah". 

MULIA: Yang menjadi pengukurnya ialah TUMIT KAKI...... paras tumit kaki makmum mestilah tidak melebihi paras tumit kaki imam. 

AKHTAR: Ingat! Tumit kaki, bukan jari-jari kaki.......

IMAM NAJAH: Tumit kaki inilah menentukan segala-segalanya. Allahwalam.

No comments:

Post a Comment