Thursday, January 16, 2014

BACA SURAH FATIHAH DALAM SOLAT 

Dalam teks modul penulisan Prof Madya Dr Anisah Abdul Ghani, (2012), ABSB3103 FIQH IBADAT, Open University Malaysia, Kuala Lumpur ada mencatatkan beberapa perkara berkaitan bacaan surah al-Fatihah dalam solat.

Imam Syafi'i  dan Maliki berpendapat wajib membaca surah al-Fatihah dalam setiap rakaat semasa qiam dalam semua solat fardu dan solat sunat.

Bagi mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat bacaan Fatihah diwajibkan dalam dua rakaat sahaja. Dua rakaat yang lain boleh membacanya atau tidak membacanya, yakni mendiamkan diri sahaja.

Di samping itu, mazhab Hanafi tidak membataskan kepada surah Fatihah sahaja. Yang wajib dibaca semasa qiam ialah tiga ayat pendek daripada mana-mana surah al-Quran atau satu surah yang menyamai tiga ayat pendek. Hujah ini berpandukan firman Allah dalam surah al-Muzzammil ayat 20 yang bermaksud "Kamu bacalah apa-apa ayat yang mudah bagi kamu daripada al-Quran".

Wallahu A'lam Bish Shawab

No comments:

Post a Comment