Mengikut Imam Syafi'i rukun solat ada 13 dan jika tertinggal salah satu daripadanya maka solat kita tidak sah:-
(1) Niat (dlm hati serentak dgn takbiratulihram; contoh minimum niat "Aku solat fardu zohor")
(2) Qiam (berdiri tegak bagi yang sihat);
(3) Takbiratulihram (baca "Allahu Akbar" agar kedengaran telinga sendiri);
(4) Membaca surah Fatihah (kedengaran pada telinga sendiri)

(5) Rukuk (perlu ada tamakninah i.e. berhenti sebentar)
(6) Iktidal selepas rukuk (bangun drp rukuk sehingga berdiri tegak)
(7) Sujud (tamakninah pada setiap perbuatan sujud)
(8) Duduk antara dua sujud (perlu tamakninah)
(9) Duduk tasyahud akhir
(10) Membaca tasyahud ketika duduk pada rakaat terakhir
(11) Membaca selawat keatas Nabi saw (selepas membaca tasyahud)
(12) Mengucap salam pertama
(13) Tertib
PERHATIAN: Kita kerap membuat silap dalam solat pada 3 perkara :
(1) kesilapan tiada tamakninah iaitu berhenti sebentar pada perbuatan tertentu seperti rukuk tergesa-gesa, bangun dari rukun terus sujud tanpa berdiri betul tegak, sujud mencicah dahi sahaja tanpa tamakninah;
(2) kesilapan kedua ialah baca dalam hati.... kita perlu baca kuat sedikit agar telinga kita mendengarnya pada 4 tempat iaitu semasa takbiratulihram, membaca surah Fatihan, membaca tasyahud atau tahiyat akhir serta pada salam pertama mengakhiri solat;
(3) semasa sujud 7 anggota perlu mencecah lantai iaitu dahi, 2 tapak tangan, 2 lutut dan hujung jari 2 kaki..... kesilapan biasa berlaku pada hujung jari ini. Hujung jari kaki ini perlu dilipat sedikit agar mencecah lantai.

No comments:
Post a Comment