BERCAKAP DENGAN SENGAJA ............. batas percakapan yang membatalkan solat ialah perkataan yang tersusun 2 huruf walaupun tidak difahami atau satu huruf yang boleh difahami.
Mazhab Syafi'i dan Hanafi, berdehem tanpa darurat dan hajat yang sahih adalah membetalkan solat. Mazhab Malik pula berdehem tidak membatalkan solat selagi tidak melakukannya dengan tujuan bermain-main atau bersenda.
Menangis kerana menghayati ayat yang dibaca dalam solat tidak membatalkan solat. Sebaliknya menagis kerana hal dunia sehingga terkeluar dua huruf membatalkan solat.
MAKAN DAN MINUM ........... makan dan minum dengan sengaja biarpun sedikit membatalkan solat. Jika makan dengan tidak sengaja, akan batal jika makanan yang ditelan itu sebesar biji bijan. Saki baki makanan yang terlekat di gigi sedikit sahaja dan ditelan dengan air liur tanpa niat untuk makan tidak membatalkan solat.
PERGERAKAN YANG BANYAK ....... mazhab Syafi'i berpendapat 3 kali gerak berturut-turut membatalkan solat.
Mendukung anak kecil ketika solat tidak termasuk dalam pergerakan yang membatalkan solat. Ini ada hadis Rasulullah s.a.w.
BERPALING DARI MENGADAP KIBLAT ..... mengikut mazhab Syafi'i ialah dada seseorang berpaling ke arah kiblat.
TIDAK SEMPURNA SYARAT ATAU RUKUN ..... (akan di tulis subjek ini dalam masa terdekat nanti, InsyaAllah)
No comments:
Post a Comment