Monday, January 20, 2014

MENYEMBAHYANGKAN MAYAT GHAIB


Solat jenazah ghaib adalah solat terhadap jenazah yang meninggal di tempat yang jauh atau kepada jenazah yang telah dikebumikan tetapi tiada kesempatan untuk kita turut serta semasa jenazah disembahyangkan, walaupun  masa meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan. Ini pendapat mazhab Syafi'i dan Hambali.

Ada pendapat pula menyatakan solat jenazah ghaib hanya pada ketika mayat tersebut tidak disolatkan.


Boleh disembahyangkan berhampiran kubur atau tepi kubur. Perkara ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Solat ghaib boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.

Bagi yang hilang (di katakan mungkin mati) yang tidak ditemui jasadnya seperti tertimbus atau hilang, maka tidak diharuskan solat ke  atasnya kerana jasad tidak dapat dimandikan.


Tetapi jika jasadnya itu cedera teruk dan tidak dapat di mandikan maka mayat itu akan ditayamumkan dan disolatkan seperti jenazah biasa. 


Wallahu A'lam Bish Shawab

No comments:

Post a Comment