Tuesday, January 21, 2014

SOLAT JEMAAH ... nota 3

Makmum mestilah berniat makmum sewaktu takbiratulihram. Batal solat jika sengaja mengikut imam tanpa niat makmum. 

Makmum yang syak niatnya samada sudah berniat atau belum, jika dia telah berada dalam solat, maka batal solatnya juga. 

Imam hendaklah berniat menjadi imam sewaktu takbiratulihram jika dia ada makmum bersamanya seawal solat. Jika pertengahan solat, baru ada makmum mengikutinya, maka imam berniat menjadi imam sesudah makmum selesai bertakbiratulihram. Imam yang tidak berniat imam sah solatnya, tetapi tidak dapat kelebihan berjemaah.

Kecuali semasa solat Jumaat, imam dan makmum wajib berniat menjadi imam dan menjadi makmum.

No comments:

Post a Comment