Thursday, January 16, 2014

PERKARA SUNAT SEMASA SOLAT ...NOTA 2.10

Ada 2 jenis sunat iaitu (1) sunat Ab'ad iaitu amalan yang di tuntut, dan (2) sunat Haiaat iaitu perbuatan yang di anjurkan tetapi tuntutannya lebih rendah daripada sunat Ab'ad. 

Di antara SUNAT AB'AD ialah:

(i) Tasyahud Awal
  • duduk untuk membaca tasyahud awal i.e. rakaat kedua bagi solat yang lebih daripada 2 rakaat
  • membaca tasyahud awal
  • selawat ke atas Rasulullah saw selepas membaca tasyahud awal 
(ii) Tasyahud Akhir
  • membaca selawat ke atas keluarga Rasulullah
(iii) Membaca Qunut
  • pada solat Subuh, 
  • solat terawih pada bulan Ramadan

SUNAT HAIAAT ada banyak, di antaranya:

(i) mengangkat 2 tangan ketika tabiratulihram, rukuk dan bangkit dari rukuk,

(ii) meletakkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri semasa qiyam,

(iii) melihat tempat sujud,

(iv) membaca doa iftitah selepas takbiratulihram,

(v) membaca al-Ta'awudz (A-'uudzu bil-laahi minas syai-thaanir ra-jim) sebelum membaca surah Fatihah,

(vi) membaca surah Fatihah secara nyaring pada dua rakaat pertama dalam solat Subuh, Magrib dan  Isyak,

(vii) menyebut 'Amin pada akhir surah Fatihah,

(viii) membaca mana-mana surah al-Quran selepas membaca surah Fatihah dalam 2 rakaat pertama,

(ix) melafazkan takbir setiap kali perpindah rukun,

(x) membaca tasbih ketika rukuk dan sujud,

(xi) meletakkan dua tangan di atas dua peha semasa duduk tasyahud,

(xii) membaca selawat ke atas Nabi Ibrahim selepas membaca tasyahud akhir,

(xiii) mengucap salam yang kedua semasa mengakhiri solat.

No comments:

Post a Comment