Solat Jumaat difardukan kepada umat Islam ketika Rasulullah berada di Makkah dan hampir berhijrah ke Madinah. Keadaan keselamatan umat Islam tidak mengizinkan solat Jumaat di laksanakan di Makkah.
Solat Jumaat pertama di lakukan ialah di Madinah, sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah. Jemaah dikumpulkan seramai 40 orang oleh Asad bin Zurarah dan di imamkan oleh Mus'ab bin Umair.
Apabila Rasulullah tiba di Madinah, solat Jumaat di imamkan oleh baginda sendiri.
Hukum menunaikan solat Jumaat adalah fardu ain bagi kaum lelaki Islam yang baligh, berakal, tidak uzur dan bermukim di tempat mendirikan solat Jumaat.
Syarat sah solat Jumaat adalah seperti berikut:
(1) Kawasan yang ada penduduk tetap atau mastautin. (Ini sudah ada kelonggaran memandangkan banyak tempat awam seperti hospital, stesen bus, pejabat besar dll telah boleh menjalankan solat Jumaat)
(2) Masuk waktu zohor iaitu ketika matahari gelincir. Namun begitu, mazhab Hanbali membolehkan solat Jumaat sebelum matahari gelincir sepertimana solat Hari Raya.
(3) Melaksanakan secara berjemaah. Menurut mazhab Syafi'i dan Hambali minimum jemaah ialah 40 orang termasuk imam. Mazhab Hanafi pula empat orang termasuk imam, dan mazhab Maliki seramai 13 orang termasuk imam.
(4) Tidak didirikan solat Jumaat lebih daripada satu kali tanpa keperluan. Mazhab Hanafi pula berpendapat boleh dari satu kali dalam sesuatu kawasan dan syarat keperluan tidak terpakai.
(5) Membaca khutbah sebelum mendirikan solat Jumaat.
No comments:
Post a Comment