Mengikut mazhab Syafi'i ada dua status makruh mendirikan solat iaitu makruh tahrim dan makruh tanzih.
Makruh TAHRIM (makruh yang mendekati haram) ada pada 3 waktu, iaitu :
(1) sesudah menunaikan solat subuh sehingga terbit matahari;
(2) semasa naik matahari sehingga ia kelihatan setinggi sebatang tombak (atau 7 hasta) pada pandangan mata.......kira-kira 28 minit selepas matahari naik; dan
(3) waktu apabila matahari berada betul-betul di tengah-tengah langit (waktu istiwa') atau di atas kepala hingga ia condong ke barat (waktu zawal)......tempohnya terlalu singkat.....ditegah solat kecuali pada hari Jumaat;
Makruh TANZIH (suatu perbuatan yang apabila dilakukan akan mendatangkan murka Allah) ada pada 2 waktu, iaitu:
(1) selepas menunaikan solat fardhu asar sehingga terbenam matahari;
(2) semasa matahari kemerahan di waktu senja dan hampir terbenam sehingga tenggelam seluruh bulatannya. Iaitu masanya berakhir sejurus saja masuknya waktu Magrib.
Kesemua 5 waktu di atas dikecualikan bagi mereka yang berada di Makkah al-Mukarramah.
Pengecualian tambahan yang dibenarkan pada waktu terlarang:
(1) tertidur hingga kesiangan ketika matahari sudah terbit.....maka tetap diwajibkan untuk solat subuh;
(2) tertidur semasa waktu asar hingga masa tergelamnya matahari...solat asar wajib dilaksanakan;
(3) ketika baru sedar dari pengsan atau baru pulih dari sakit gila, maka dituntut melaksanakan solat yang tertinggal.
Hukum solat ketika khutubah Jumaat......apabila khatib sedang berkhutubah, para jemaah di tuntut duduk mendengar khutubah atau melakukan solat sunat tahiyatul masjid atau solat sunat rawatib/qabliyah Jumaat secara rengkas sahaja.
Wallahu A'lam Bish Shawab (Hanya Allah yang Maha Mengetahui).
No comments:
Post a Comment