Berikut adalah beberapa koleksi ilmu berkaitan solat berjemaah yang di perolehi dari pelbagai sumber. Namun begitu, pembaca di nasihatkan agar jangan menerimanya sembrono. Tapis dahulu, tanya kepada mereka yang lebih berilmu.
(1) Jika kita sudah bersolat fardu secara bersendirian di masjid/surau berkenaan atau telah solat bersendirian di tempat lain, kemudian didapati ada sekumpulan jemaah sedang solat....maka di sunatkan kita bersolat semula secara berjemaah dengan kumpulan tersebut. Walau bagaimanapun ada pendapat menyatakan bahawa solat subuh dan solat asar tidak disunatkan oleh sebab pada waktu itu ditegah solat selepasnya.
(2) Imam kerap menyatakan "luruskan saf"...... yang menjadi pengukur lurus ini ialah tumit kaki kita perlu sama sebaris dengan tumit kaki rakan jemaah yang lain. Ramai orang yang salah anggap dimana mereka meluruskan saf dengan hujung jari kaki.
(3) Jika kita takbir sebelum Imam ataupun bertakbir serentak dengan Imam bagi takbiratul ihram, maka tidak dikira solatnya dan tidak sah. Nota: tidak dapat kepastian yang tidak sah itu merujuk solat mengikuti Imam sahaja dan dianggap solat tersebut sebagai solat persendirian atau bagaimana? Perlu perjelasan lanjut lagi! Maaf ya!
(4) Di sunat Imam meringankan bacaan dan zikir dalam solat jika berjemaah dengan orang awam ramai seperti solat Jumaat dan Raya...kerana kemungkinan ada jemaah yang sakit, lemah, orang tua. Namun jika berjemaah dengan kumpulan yang kita telah mengetahui keadaan kesihatan dan kebolehan jemaah, maka Imam dibolehkan memanjangkan bacaan dalam solat berkenaan.
(5) Kita boleh berniat untuk mufaraqah dari Imam dan menyempurnakan solat sendirian dengan sebab keuzuran, tanpa perlu keluar secara fizikal daripada saf jemaah. Definisi atau apa itu keuzuran tidak di tulis secara terang dalam sumber maklumat ini. Maaf ya!
No comments:
Post a Comment