Sumber maklumat ini daripada buku karangan Ismail Kamus (2009) bertajuk INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
Ada 7 punca air yang kita gunakan untuk kehidupan harian iaitu air sungai, air laut, air hujan, air perigi, air embun, air mata air dan air salji.
Biarpun kita gunakan air dari paip tetapi punca air ini kebanyakkannya daripada air sungai atau air hujan yang telah dibersihkan untuk kegunaan awam.
Kesucian air dibahagikan kepada 4 jenis :
(i) Air Mutlak......air yang suci lagi menyucikan,
(ii) Air Mustakmal...air yang suci tetapi tidak menyucikan,
(iii) Air Musyammas...... air yang makruh digunakan,
(iv) Mutanajis.... air yang mengandungi najis
Air Mutlak
Air bersih yang tiada campuran benda lain.
Apabila air bersih yang lebih daripada 230 liter (2 qullah) dimasuki oleh sesuatu benda lain yang tidak mengubah nama atau sifat air itu, maka air itu masih dianggap air mutlak.
Tetapi jika berubah sama ada bau, rasa atau warna... maka air itu tidak boleh di gunakan untuk berwuduk atau di buat mandi hadas besar.
Namun jika air itu KURANG dari 230 liter, dan dimasuki sesuatu, berubah atau tidak......air tersebut TIDAK lagi boleh dibuat bersuci.
Air Mustakmal
Air bersih (air mutlak) yang telah digunakan untuk membasuh anggota wuduk sekiranya termasuk semula, walaupun menitis sedikit, ke dalam bekas air yang kuantitinya tidak sampai 230 liter akan dikira sebagai air mustakmal.
Air mustakmal TIDAK SAH dibuat untuk berwuduk atau untuk mandi hadas besar.
Air mustakmal TIDAK SAH dibuat untuk berwuduk atau untuk mandi hadas besar.
Air Musyammas
Ini adalah air mutlak yang bekasnya berkarat serta terjemur di tengah panas....... air ini di anggap sebagai air musyammas dan makruh digunakan untuk mengambil wuduk.
Mengikut buku ini, darjah kepanasan Malaysia tidak cukup panasnya hingga ke tahap makruh.
Air Mutanajis
Air mutlak yang kurang dari 230 liter dimasuki najis, maka ianya tidak boleh dibuat berwuduk.
Begitu juga jika lebih dari 230 liter, dimasuki najis dan air tersebut berubah rasa, bau atau warna...maka ia tetap tidak sah dibuat berwuduk.

No comments:
Post a Comment