Tuesday, April 15, 2014

TERKENA SIHIR


Baru terbaca e-journal HADIS publikasi Institut Kajian Hadis Selangor (ref : Bil 5, tahun 3, Jun 2013).

Penulisan ini berkaitan hadis dan menceritakan mengenai perbuatan sihir. Permasalahan sihir ini memang ada disebut dalam al-Quran dan juga hadis.

Rasulullah saw pernah terkena sihir.

Sahabat Rasulullah saw ada menceritakan perubatan sihir ini. (i) Mereka gunakan tujuh helai daun bidara hijau, (ii) Daun ini dihancur menggunakan batu (kita la tumbuk guna lesong) dan di campur dengan air, (iii) Aduan itu dibacakan ayat Kursi dan 4 surah Qul, (iv) Lalu ditiupkan pada adunan bahan rawatan itu sebanyak 3 kali, (v) Adunan itu digunakan untuk mandi.

Hadis itu tidak menceritakan sepenuhnya. Berikut adalah maklumat tambahan dari saya yang BUKAN pengamal perubatan Islam. Kalau sudi ikut.

Adunan daun itu di bahagi kepada 3 portion dan dibuat mandi 3 hari berturut-turut sebelum waktu Magrib. Adunan itu dicampur air sebaldi dan jirus dari atas badan hingga ke kaki.

Ikut tulisan jurnal itu, terkena sihir boleh merenggangkan perhubungan suami isteri. Maka cuba-cubalah gunakan kaedah di atas sebelum bertemu dengan pengamal perubatan Islam yang tulin.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment