Tuesday, April 1, 2014

PERMASALAHAN SOLAT JUMAAT

  • Hukum Meninggalkan Solat Jumaat
    • Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja hukumnya haram dan berdosa.
    • Solat Jumaat wajib ke atas lelaki yang cukup syarat termasuk sihat dan bemukim,
    • (Hadis) : Sesiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat kerana cuai, maka Allah akan menutup hatinya.
  • Berjual Beli Waktu Jumaat
    • Apabila kedengaran azan kedua, semua kaum lelaki yang wajib solat Jumaat hendaklah berhenti berjual beli dan berada di dalam masjid untuk mendengar khutbah dan seterus bersolat Jumaat,
    • Mazhab Hanafi berpendapat pada azan pertama lagi, makmum lelaki perlu berada di dalam masjid.
    • Kaum wanita, kanak-kanak dan orang lelaki musafir tidak di haramkan melakukan berjual beli pada masa berkaitan.
  • Bercakap Semasa Khatib Baca Khutbah
    • Mazhab Syafi'i menghukumkan bercakap-cakap semasa khatib sedang membaca khutbah adalah makruh dan tidak haram...... sunat diam mendengar khutbah,
    • Mazhab Maliki dan Hanbali  hukumnya wajib mendengar khutbah dan bercakap-cakap adalah haram.
  • Solat Zohor Di Rumah Bagi Lelaki Yang Sihat
    • Mazhab Syafi'i , Maliki dan Hanbali berpendapat bagi lelaki yang wajib bersolat Jumaat tetapi dia solat Zohor di rumah hukumnya tidak sah jika imam belum solat Jumaat lagi; ...... tetapi jika besolat Zohor di rumah selepas imam solat Jumaat maka solat dirumah itu sah tetapi berdosa,
    • Mazhab Hanafi... jika mendirikan solat Zohor di rumah sebelum imam bersembahyang Jumaat di masjid, solat di rumah itu sah tetapi perbuatan tersebut adalah haram.
  • Solat Zohor Berjemaah Bagi Lelaki Yang Uzur
    • Kesemua mazhab berpendapat solat Zohor di rumah bagi mereka yang uzur serta musafir adalah sah sama ada imam belum atau sudah bersolat Jumaat.
  • Solat Zohor Bagi Perempuan Di Rumah
    • Bagi mereka yang tidak wajib solat Jumaat, e.g. perempuan, mereka boleh mendirikan solat Zohor pada sebelum atau selepas imam solat Jumaat.

No comments:

Post a Comment