InsyaAllah ramai sudah tahu siapa, mengapa dan syarat-syarat wajib solat Jumaat.
Sekarang ini kita tengok syarat-syarat SAH solat Jumaat:-
- Bersolat Jumaat di tempat atau bangunan yang di iktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri...... kadang kala di antara satu masjid dengan masjid lain berdekatan tidak sampai 1 km jaraknya,
- Melaksana secara berjemaah..... mazhab Syafi'i menetapkan 40 orang tempatan berjemaah
- Solat Jumaat adalah 2 rakaat
- Masuk waktu Zohor
- Membaca dua khutubah sebelum mendirikan solat Jumaat
SYARAT-SYARAT KHUTBAH
- Waktu penyampaian khutbah dalam waktu Zohor dan sebelum solat Jumaat,
- Khatib hendaklah berdiri semasa menyampaikan khutbah, jika mampu,
- Penyampaian khatib biar dapat di dengari oleh semua jemaah dan sekurang-kurangnya 40 orang
- Khatib berwuduk, pakaian menutup aurat
- Kena duduk sebentar (tamakninah) diantara dua khutbah
RUKUN KHUTBAH
- Dimulakan khutbah dengan menyebut kalimah "alhamdulillah" iaitu memuji ke atas Allah,
- Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad saw,
- Mengandungi kata-kata nasihat supaya umat bertakwa,
- Membaca sepotong ayat al-Quran dalam salah satu daripada dua khutbah,
- Membaca doa untuk keselamatan kaum muslimin dalam khutbah kedua
No comments:
Post a Comment